Gong Hyo Jin dan Kim Nam Gil tepati ramalan menang Daesang di KBS & SBS Drama Awards 2019. Jom semak senarai penuh pemenang!

Seperti kebiasaan tanggal 31 Disember setiap tahun, dua majlis anugerah paling berprestij ini akan berlangsung serentak. . KBS Drama Awards 2019 telah dihoskan oleh Shin Hye Sun dan Jun Hyun Moo. Manakala SBS Drama Awards 2019 pula dihoskan oleh Jang Nara, dan Shin Dong Yup. Seperti yang dijangka, Gong Hyo Jin menepati ramalan sebagai pemenang Daesang…

Read More

Shin Sung Rok bakal sertai empat yang lain dalam “Master in the House” tahun hadapan!

Nampaknya Lee Seung Gi telah berkongsi satu berita menarik berkaitan “Master in the House” ketika menghadiri 2019 SBS Entertainment Awards! Untuk pengetahuan, “Master in the House” telah memenangi Anugerah Kerja Berpasukan Terbaik (Best Teamwork) , pada majlis tersebut. Ketika membuat ucapan saat menerima anugerah, Lee Seung Gi berkata, “Kami telah menerima Anugerah Kerja Berpasukan Terbaik dan kami…

Read More

Drama “Mon Chou Chou Global House” lakonan sulung Lee Dae Hwi (AB6IX) bersama Kang Min Ah

Drama pendek SBS  “Mon Chou Chou Global House” nampaknya telah meriliskan poster rasmi drama berkenaan. Menjelang tayangannya tidak lama lagi, SBS telah memuat naik poster Lee Dae Hwi (AB6IX) dan Kang Min Ah serta poster yang menampilkan kesemua pelakon drama terbabit. Ini merupakan percubaan sulung Lee Dae Hwi dalam bidang lakonan. Dia akan memegang watak…

Read More

Jang Nara janji akan peluk peminat ramai-ramai kalau dapat rating tinggi untuk drama SBS ‘VIP’

Jang Nara secara berseloroh membuat kenyataan bahawa beliau akan memberikan pelukan percuma sekiranya drama SBS VIP berjaya meraih rating yang tinggi. Dalam temubual yang dikendalikan oleh Choi Hwa Jeong untuk siaran radio SBS Power PM yang turut sama disertai Lee Sang Yoon, Lee Sang Yoon menyatakan keyakinannya untuk mendapat rating yang tinggi buat drama gandingan mereka…

Read More

Kim Seo Hyung & Ryu Deok Hwan direkruit untuk memburu pembunuh bersiri di dalam SBS Nobody Knows

Kim Seo Hyung dan Ryu Deok Hwan disahkan akan membintangi drama SBS Nobody Knows. Kim Seo Hyung, yang menyerlah atas lakonan sebagai pegawai peperiksaan universiti di dalam jtbc Sky Castle sebelum ini, akan memegang watak detektif polis bernama Cha Young Jin, yang pernah kehilangan kawan baiknya ketika masih muda lagi di tangan seorang pembunuh bersiri….

Read More

Detektif Joo Won bergandingan dengan pakar fizik Kim Hee Sun untuk drama fiksyen sains terbaru, SBS Alice?

Kim Hee Sun, pemenang Best Actress 6th CARI Kdrama Awards menerusi tbc Woman of Dignity, dijangka akan kembali menerajui  industri drama korea semula. Beliau akan dibantu oleh Joo Won yang sedang meneliti skrip untuk drama terbarunya sejak selesai menjalani khidmat negara. Seperti dipetik daripada laporan TV Report pada 20 September 2019, Kim Hee Sun sedang…

Read More

Han Suk Kyu, Lee Sung Kyung & Ahn Hyo Seop sah bintangi sekuel kepada SBS Romantic Doctor, Teacher Kim

Ketiga-tiga pelakon Han Suk Kyu, Lee Sung Kyung dan Ahn Hyo Seop telah bersetuju membintangi drama sekuel kepada SBS Romantic Doctor, Teacher Kim. “Romantic Doctor, Teacher Kim” merupakan sebuah drama popular dan hit yang disiarkan dari November 2016 sehingga Januari 2017. Han Suk Kyu memegang watak yang sama, Dr. Kim Sak Bu yang menjadi mentor…

Read More

Kim Hye Soo bakal membintangi drama ‘Hyena’ di samping Joo Ji Hoon; cenel bertukar dari KBS kepada SBS

Walaupun belum dapat disahkan lagi, Kim Hye Soo dikatakan dalam proses rundingan akhir untuk bersetuju membintangi drama SBS Hyena di samping Joo Ji Hoon. Beliau menggantikan Song Hye Kyo yang menolaknya pada 26 Jun 2019 lalu. Pelakon yang pernah menerima anugerah Best Actress Baeksang sebanyak dua kali menerusi SBS Oxtail Soup dan tvN Signal ini,…

Read More

Park Eun Bin, Nam Goong Min, Jo Byeong Gyu & Sojin Girls Day sertai drama sukan besbol terbaru, SBS Hot Stove League

Beberapa hari lepas, Park Eun Bin sedang berkira-kira untuk mempertimbangkan drama KBS Welcome di samping Myung Soo L. Walaupun beliau belum lagi menolak tawaran drama berikut, hari ini Park Eun Bin sebaliknya telah bersetuju untuk membintangi drama SBS Stove League pula bersama Nam Goong Min, pemenang Best Supporting Actor 5th CARI Kdrama Awards ini, yang…

Read More