Shin Sung Rok bakal sertai empat yang lain dalam “Master in the House” tahun hadapan!

Nampaknya Lee Seung Gi telah berkongsi satu berita menarik berkaitan “Master in the House” ketika menghadiri 2019 SBS Entertainment Awards!

Untuk pengetahuan, “Master in the House” telah memenangi Anugerah Kerja Berpasukan Terbaik (Best Teamwork) , pada majlis tersebut. Ketika membuat ucapan saat menerima anugerah, Lee Seung Gi berkata, “Kami telah menerima Anugerah Kerja Berpasukan Terbaik dan kami rasa bersyukur sekali. Terus terang kami cakap, ada beberapa berita baik untuk semua. Tahun depan akan ada ahli pasukan baru yang akan menyertai kami. Anda kena tonton untuk mengetahui siapakah gerangan individu tersebut. Kami akan menemui penonton tahun depan sebagai Shin-Sang-Seung-Hyung-Jae. “

Sumber dari jabatan variety kemudian memberitahu Ilgan Sports bahawa Shin Sung Rok merupakan ahli baru bagi rancangan” Master in the House” itu. Agensi Shin Sung Rok, HB Entertainment, juga mengesahkan berita berkenaan. Agensi itu menyatakan, “Seperti disebutkan dalam Anugerah SBS Entertainment, Shin Sung Rok akan menyertai ‘Master in the House.'”

Terdahulu, Shin Sung Rok pernah menyertai “Master in the House” sebagai tetamu jemputan istimewa. Bagaimana, agaknya keserasian tercipta antara mereka apabila Shin Sung Rok menyertai Lee Seung Gi, Lee Sang Yoon, Yook Sung Jae dan Yang Se Hyung? Pasti menyeronokkan. Tak sabar rasanya untuk menantikan musim terbaru rancangan ini.

Sumber : m.slist.kr | is.plus | Xportnews 

loading...