
“Aku sudah penat, nak habiskan cepat” – Saerom fromis_9 dikecam selepas tampil ‘fake’ depan peminat
Saerom, ketua kumpulan fromis_9 berdepan dengan kecaman selepas tidak sengaja meluahkan perasaan yang dialaminya sebelum sesi interaksi bersama peminat bermula. Pada 11 Feb 2022, Jiheon, Nakyung, Saerom, Hayoung, dan Jisun bertemuramah seperti biasa dengan peminat menerusi VLive. Mereka bagaimanapun tidak menyedari bahawa kamera video sudah dipasangkan terlebih dahulu sebelum masing-masing telah bersedia untuk berbuat demikian….