Lee Se Hee & Do Kyung Soo bakal disatukan untuk drama terbaru KBS True Swordmanship

Lee Se hee ditawarkan untuk membintangi drama KBS True Swordmanship di samping Do Kyung Soo (D.O.) dan sedang menelitinya secara positif.

KBS True Swordmanship berkisarkan tentang seorang pendakwaraya bernama Jinjung yang berperangai biadap ala-ala penyangak tetapi berhati mulia, yang bakal dilakonkan oleh Do Kyung Soo (D.O.). Jinjung cuba mempertahankan mereka yang tertindas dengan membasmi segala penyelewengan yang berlaku di dalam Institusi Pendakwaan Negara.

Tiada maklumat lanjut tentang perwatakan yang bakal dipegang oleh Lee Se Hee, namun beliau dikhabarkan akan memegang watak yang agak penting di samping penyanyi idol daripada kumpulan EXO itu. Lee Se Hee dipuji di atas gandingan mesra bersama Ji Hyun Woo di dalam drama mingguan KBS Young Lady and Gentleman.

KBS True Swordmanship dijangka akan menjalani penggambaran pada awal pertengahan tahun 2022 ini.

Sumber: newsen

loading...