Sudah 2 tahun lamanya tak buat ‘comeback’, Taeyeon mahu tunjuk siapa dirinya sebenar dengan album solo terbaru ini

Di hari kekasih 14 Feb 2022 ini, Taeyeon SNSD kembali menggegarkan industri muzik Korea dengan pelancaran album solo terbaru.

Bercakap kepada sidang media, Taeyeon menjadikan cinta sebagai tema albumnya kali ini. “Ia adalah album yang mengekspresikan perasaan cinta dalam mana-mana cara sekalipun. Tak mungkin kita dapat hidup tanpa cinta. Mesej yang aku nak sampaikan ialah kita sepatutnya boleh memikirkan cinta tanpa perlu menonjol sangat kerana cinta itu agak meluas dan bergantung kepada mereka yang menerimanya,” kata Taeyeon menjelaskan maksud di sebalik lagu ‘INVU’ sebagi single utama album studio solo ketiganya menyusuli My Voice (2017) dan Purpose (2019) dengan judul sama.

Album INVU mengandungi 13 lagu dengan lagu ‘INVU’ itu sendiri bercirikan muzik house dengan rentak pop dan bersadurkan bunyi seruling. Pada mulanya mendapat tentangan oleh agensi SM Entertainment untuk dijadikan single utama, Taeyeon menegaskan bahawa dia boleh menyanyikan lagu itu dengan sepenuh keyakinan. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah “Some Nights”, “Can’t Control Myself”, “Set Myself On Fire”, “Toddler”, “Siren”, “Cold As Hell”, “Timeless” ,”Heart”, “No Love Again”, “You Better Not” , “Weekend” dan “Ending Credits”.

Berikutan kejayaan Taeyeon memungut jualan album solo perempuan tertinggi sepanjang sedekad lalu dengan 1,051,567 juta unit secara keseluruhan menurut Gaon, Taeyeon ditanya samada dia sudah berjaya menghapuskan prejudis bahawa artis Kpop solo perempuan tidak mampu mencapai jualan yang tinggi. “Aku rasa ianya terjadi sebab semua orang sokong. Aku tak mampu buat album secara sendirian. Sinergi ini berhasil kerana mereka daripada pelbagai posisi saling fokus-memfokus dan bergabung antara satu sama lain,” ujarnya.

Sebagai pengakhiran, Taeyeon mahu menunjukkan siapa dirinya sebenar sekarang dengan album ini. “Aku nak tinggalkan diri aku pada 2021 lalu. Aku nak tinggalkan apa yang aku tertarik sekarang dan apa yang tengah fikirkan. Aku nak semua orang sama-sama berkasih-kasihan,” sambungnya lagi.

INVU sudah boleh didapati di pasaran muzik Korea bermula jam 5 petang 14 Feb 2022 tadi.

Sumber: newsis , newsen

loading...