G-Dragon kejutkan peminat di hari Valentine dengan gambar berbentuk hati

GDragon menyapa peminat dengan gambar berbentuk hati dengan tertulisnya, ‘Be Your Valentine’ di laman instagram-nya pada 14 Feb 2022 hari ini.

Hantaran yang dibuat tanpa kapsyen atau penjelasan itu telah mengejutkan peminat di sebalik ura-ura gosip percintaan di antara penyanyi itu dengan Jennie Blackpink di dalam agensi hiburan yang sama walaupun masing-masing belum pernah mengesahkan gosip tersebut setakat ini.


Sebilangan peminat merasakan Gdragon telah menerima coklat daripada orang yang tersayang menyebabkan dia sengaja menawarkan mana-mana peminat menjadi pasangan ‘Valentine’-nya hari ini.

G-Dragon yang lahir pada tahun 1988 dan kini berusia 33 tahun, akan membuat ‘comeback’ semula bersama Big Bang sejak empat tahun lalu.

Sumber: xsportnews

loading...