Taehyung BTS sakan bergelek depan TV, cabar netizen duduk di rumah saja

Taehyung BTS mempunyai rutin hariannya sendiri sempena kempen duduk di rumah kerana pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa di Korea. Baru-baru ini, twitter rasmi BTS memuatnaik video Taehyung bergelek meniru tarian yang ditontonnya menerusi kaca TV. Video klip tersebut ialah tarian retro klasik dendangan Postmodern Jukebok dengan berlatar belakangkan lagu “Closer” nyanyian Chainsmokers ft. Kenton Che….

Read More

Juyeon The Boyz & Kim Min Kyu dikhuatiri terkena jangkitan Covid-19 selepas seorang krew ‘The Show’ disahkan positif

Juyeon The Boyz Kim Min Kyu dikhuatiri terkena jangkitan Covid-19 kerana dikatakan mempunyai sejarah pernah berhubung dengan seorang staf Sihyeon Everglow yang telah didapati positif virus corona itu sebentar tadi. Agensi The Boyz, Cracker Entertainment mengesahkan anak buahnya itu sedang menjalani ujian Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga, begitu juga tindakan yang sama diambil oleh Jellyfish Entertainment,…

Read More

Wendy Red Velvet akhirnya sembuh setelah berbulan-bulan terlantar di dalam hospital

Wendy Red Velvet dilaporkan telah dibebaskan daripada hospital setelah pulih daripada kecederaan yang dialaminya akibat terjatuh di atas pentas semasa membuat persembahan di dalam SBS Gayo Daejon di Gocheok Sky Dome, Seoul pada 25 Disember 2019. Jurucakap agensinya, SM Entertainment, berkata, “Kesihatan Wendy semakin baik. Dia sedang menerima rawatan pesakit luar.” Kemalangan di atas pentas…

Read More

Mengancam betul aksinya, Hwasa Mamamoo mendada untuk single duet bersama ONEWE pula

Hwasa atau nama sebenarnya, Ahn Hye Jin daripada kumpulan kpop Mamamoo, memuatnaik gambar-gambar yang dipercayai diambil ketika pembikinan video klip ‘Q’, dendangan duet bersama kumpulan kpop, ONEWE. Gambar-gambar tersebut menampakkan aksi Hwasa mendedahkan separuh bra yang disarungkan sekali dengan baju sukan yang telah dicabutkan zipnya. Hwasa seringkali dipuji kerana tarian dan aksinya yang begitu provokatif,…

Read More

Kumpulan duo Bolbbalgan4 retak menanti belah sebaik saja Ji Yoon putuskan untuk menjadi artis solo

Berita sedih buat penggemar muzik Kpop apabila kumpulan duo yang agak terkenal di Korea, Bolbbalgan4 secara teknikal telah terbubar akhirnya apabila Ji Yoon mengambil keputusan untuk bergerak secara solo. Menurut jurucakap label mereka, Shofar Music yang dipetik berkata, “Ji Yoon nak keluar daripada Bolbbalgan4 kerana mahu tumpukan kepada kerjaya solo. Kami hormat keputusan Ji Yoon,…

Read More

Kang Daniel tundukkan NCT127, Ong Seung Wu, OneUS, BTS & lain-lain raih jualan album terlaris minggu ini

Kang Daniel telah membuktikan apa yang diraihnya sebelum ini bukanlah khayalan semata-mata. Dalam menghadapi persaingan dengan beberapa kumpulan kpop lain, Kang Daniel berjaya memastikan jualan album paling laris di Korea pada minggu pertama pelancaran album, tetap di tangannya. Menerusi album solo keduanya, ia telah merekodkan jualan sebanyak 238,167 unit di dalam seminggu sejak dilancarkan pada…

Read More

WINNER mungkin sepi tanpa kehadiran Jinu selepas ahli pertama kumpulan itu kena ‘enlist’ mulai hari ini

Jinu, atau nama sebenarnya, Kim Jin Woo menjadi ahli pertama daripada kumpulan WINNER yang akan menyertai khidmat ketenteraan mulai hari ini. Jinu direkruit ke dalam Kem Latihan Tentera di Nonsan, Chungcheongnamdo pada tengah hari ini. Beliau akan menerima latihan ketenteraan selama empat minggu, sebelum dikerahkan menjadi pekerja sosial di institusi terpilih. Sebelum ini, Jinu mengumumkan…

Read More

Netizen desak kerajaan hukum Jaejoong JYJ kerana sebarkan riwayat palsu mengenai Covid-19, Jaejoong akhirnya memohon maaf

Gara-gara guraun tidak masuk akal yang dibuat pada siang hari tadi tentang dakwaan kononnya beliau dijangkiti Covid-19, sebuah petisyen telah dimuatnaik oleh netizen bagi mendesak kerajaan Korea menghukum Jaejoong kerana menyebarkan berita palsu mengenai dirinya. Menurut takrifan undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan Korea, Perkara 18 Kekangan Terhadap Penularan Penyakit Berbahaya, mana-mana yang cuba menghalang…

Read More

Mengidam gelaran ‘rookie’ kpop yang terbaik, TOO akhirnya ‘debut’ setelah diperam hampir setengah tahun

Kumpulan TOO ‘debut’ dengan impian yang menggunung. TOO mengadakan persembahan ‘showcase’ buat pertama kali setelah melancarkan album sulung mereka, ‘Reason for Being’ semalam. Disebabkan pandemik Covid-19, persembahan showcase terpaksa dilaksanakan tanpa hadirin dan disiarkan secara langsung menerusi platfom Youtube. TOO mempersembahkan lagu single utama, Magnolia, sebuah lagu tarian yang menggabungkan  muzik trap dan Europop diselangi…

Read More