Suho (EXO) dan Yook Sung Jae (BTOB) umum daftar masuk khidmat tentera pada Mei ini

Nampaknya Suho dan Yook Sung Jae akan mendaftarkan diri masing-masing dikem latihan tentera pada minggu ke-3 bulan Mei. Kedua-duanya telah pun mengesahkan tarikh kemasukan untuk memulakan khidmat tentera wajib mereka.

Pada 4 Mei, Suho menerusi ruang komuniti rasmi peminat dalam talian EXO di Lysn, telah berkongsi surat tulisan tangan yang mengumumkan pendaftarannya memasuki khidmat tentera. Suratnya berbunyi seperti berikut:

Hello, EXO-L. Ini Suho.

Saya menulis surat ini kerana ada sesuatu yang ingin saya beritahu kepada anda semua.

Pada 14 Mei, saya akan mendaftar masuk ke pusat latihan tentera untuk menjalankan tugas kepada negara. Saya rasa, akan merindui EXO-L dalam tempoh tersebut.

Saya berharap EXO-L, yang sentiasa memikirkan saya dan mencintai saya setiap hari, akan diberikan kesihatan yang baik selalu. Saya dengan seikhlas hati berterima kasih dan menyayangi kamu semua.

We are one, EXO. Let’s love.

Satu sumber dari SM Entertainment telah mengesahkan berita tersebut dan menyatakan, “Suho akan mendaftarkan diri pada 14 Mei. Waktu dan lokasi pusat latihan tentera tidak akan didedahlan kepada umum.”

Suho adalah anggota EXO yang ke-3 memulakan khidmat tentera selepas Xiumin dan D.O

Yook Sung Jae mula khidmat tentera 11 Mei depan

Terdahulu, Yook Sung Jae (BTOB) pada, telah mengumumkan berita (pendaftaran masuk ke khidmat tentera) menerusi akaun Instagram peribadinya dengan berkongsi surat yang panjang mengenai menjelaskan rancangannya yang akan datang. Kandungan isi surat adalah seperti berikut :

“Helo, ini Sungjae.

Pertama! Terima kasih banyak kepada anda semua, Melody [nama kelab peminat BTOB] di atas ucapan hari  serta meraikan sambutan hari ulangtahun saya. (Saya melihat semua muatnaik di media sosial, iklan hari jadi, dan majlis anda!)

Saya tidak tahu permulaan yang bagaimana untuk memberitahu anda tentang perkara yang telah lama saya fikirkannya. Oleh itu, saya memutuskan dengan menulis surat ini adalah langkah yang tepat untuk memberitahu anda dengan kadar yang segera.

Ramai yang akan terkejut dengan ini, tetapi saya telah memutuskan bahawa saya akan mendaftar masuk untuk jalani khidmat tentera pada 11 Mei!

Ada orang yang akan terkejut dengan berita ini dan ada yang prihatin serta bimbang, tetapi dek kerana sambutan serta layanan luar biasa yang saya lihat dari Melody, saya kini lebih yakin untuk nyatakan ke mana pun saya pergi, saya akan terima kasih sayang dan berani berkhidmat. Saya tidak lagi merasa bimbang! Nampaknya saya akan berkhidmat dan kembali tanpa sebarang masalah.

Kerana disebabkan pendaftaran ahli BTOB yang seterusnya, ada waktu rehat yang tidak dapat dielakkan [dalam aktiviti kami], tetapi oleh kerana Melody kami akan menunggu kami, BTOB akan mengimpikan tentang hari yang kita semua dapat bertemu lagi dan menjadi kuat!

Hanya tinggal beberapa hari lagi, tetapi saya akan berkomunikasi dengan Melodi kelak menerusi siaran langsung (live broadcast), dan tidak lama lagi abang (hyung) BTOB yang lain akan tamat jalani khidmat tentera, dan drama ‘Mystic Pop-Up Bar’ akan mula ditayangkan tidak lama lagi (rangkaian JTBC mulai 20 Mei), jadi harap anda bersabar.  Hari di mana BTOB dan Melodies semua dapat bertemu bersama-sama akan tiba tidak lama lagi!

Saya tetap bersyukur, dan pada masa akan datang, teruskan menyokong saya! Sehingga hari yang saya dapat tunjukkan kepada anda semua dengan penampilan yang lebih hebat, harap anda sihat dan habiskan hari anda dengan gembira. Dari Yook Sungjae. “

Sementara itu, Sungjae akan menjadi anggota BTOB keempat yang akan memenuhi komitmen perkhidmatan wajibnya, selepas anggota Eunkwang, Changsub, dan Minhyuk.

View this post on Instagram

안녕하세요 성재입니다. 우선!어제 저의 생일을 축하해주신 모든 멜로디 여러분 너무너무 감사드립니다!(sns,생일광고,이벤트 등 다 찾아봤어요!!^^) 어떻게 이야기를 꺼내야할지 고민하다가 너무 깊은 고민과 생각과는 거리가 멀기에 조금이라도 먼저 직접 얘기하는게 맞을것같아서 글을 올립니다. 많이들 놀라시겠지만 5월11일부로 군입대를 결정하게 되었습니다! 갑작스런 통보에 놀라신 분들도 계실거고 걱정하시는 분들도 많이 계시겠지만, 지금까지 멜로디분들이 이뻐해주신것만 봐도 나는 어딜가도 이쁨받을수있고 씩씩하게 지낼수있겠구나!라는 자신감이 생겨서 전혀 걱정도 없고!!! 맘 편히 다녀올수 있을것 같습니다!ㅎ 연이은 비투비멤버들의 군입대에 어쩔수없는 공백기가 생기지만 우리 멜로디분들이 기다려주시니까 저희 비투비는 더더욱 다시 만날 날만을 꿈꾸며 힘내고 있습니다!! 이제 며칠남지 않았지만 가기전에 꼭 멜로디들과 소통할수있는 라방도 하구, 슬슬 맏형들도 나오고, 쌍갑포차도 곧 방영될 예정이니 조금만 참고 기다려주시면 금방 비투비 멜로디 다같이 볼날이 오겠죠!! 지금까지도 항상 너무 고맙고, 앞으로도 많은 응원 부탁드리겠습니다!! 더욱 멋진 모습으로 여러분에게 나타날 그날까지 건강하고 행복한 하루하루 보내고 있기를 바라며 6성재가.

A post shared by 육성재 BTOB Melody 3X2 (@yook_can_do_it) on

Apapun, selamat berkhidmat kepada Suho (EXO) dan Yook Sung Jae (BTOB)!

Sumber : Newsen , Newsen

loading...