daus

Admin Kmania

Projek baru sesudah bersalin, Kim Tae Hee dipanggil berlakon semula sebagai hantu di dalam tvN Goodbye Mom?

Kim Tae Hee dikhabarkan sedang menimbang untuk berlakon di dalam sebuah drama baru tvN berjudul ‘Goodbye Mom’ atau nama literal lain disebut sebagai ‘Hello Mom’. tvN Goodbye Mom ialah berkisarkan tentang roh seorang wanita yang baru meninggal dunia dan diberi peluang semula selama 49 hari untuk menebuskan segala apa yang tak tertunainya selama ini. Kim…

Read More

Hiba hilang Sulli tiba-tiba: ‘Peach’, lagu IU tujukan khas buat Sulli, mula tertular sejak semalam

Lagu yang pernah dicipta oleh IU dengan membayangkan Sulli sebagai orangnya, tertular semula sejak semalam. Sulli dilaporkan meninggal dunia semalam akibat membunuh diri. Lagu berjudul ‘Peach’ yang dimuatkan dalam album ‘The Spring of Twenty’ pada tahun 2012 itu adalah berkisarkan tentang kisah hidup Sulli. Seperti dipetik daripada temubual bersama IU sewaktu pelancaran album berkenaan, IU…

Read More

Goo Hara sebak bila terkenangkan Sulli sudah tiada lagi untuk temaninya disisi

Goo Hara tak tahan sebak di hadapan sekumpulan netizen yang mengikutinya di dalam siaran langsung instastory-nya tadi apabila kerapkali terkenangkan momen bersama Sulli sepanjang sahabat karibnya itu masih hidup. “Sulli, aku minta maaf kerana tak dapat mengikutmu. Aku minta maaf juga kerana terpaksa ucapkan selamat tinggal. Aku sudah buat apa yang kau mahukan di sana,…

Read More

Netizen gesa selamatkan Taeyeon SNSD sebelum terlambat

Setelah Sulli ditemui mati kerana bunuh diri baru-baru ini, Taeyeon SNSD juga terpalit sebagai salah seorang yang perlu perhatian oleh SM Entertainment memandangkan penyanyi itu pernah mengaku sedang mengalami kemurungan sebelum ini lebih-lebih lagi Sulli dan Jonghyun Shinee pernah menjadi kenalan rapatnya. Pada 16 Jun 2019 lalu, Taeyeon membuat pengakuan di hadapan peminatnya  bahawa beliau…

Read More

Terkejut dengan berita kematian Sulli, ini reaksi Amber Liu, Super Junior, Super M dan lain-lain

Amber Liu, bekas rakan sekumpulan Sulli di dalam f(x), mengeluarkan kenyataan di laman instagram story-nya dan twitter-nya merujuk kepada berita kematian Sulli baru-baru ini. Penyanyi berusia 27 tahun itu menulis, “Disebabkan kejadian baru-baru ini, saya akan menangguhkan sebarang aktiviti harian. Minta maaf semua. Terima kasih atas perhatian anda”. Amber Liu, Krystal Jung, Victoria Song dan…

Read More

Berita kematian Sulli adalah paling tragik sejak kehilangan Jonghyun Shinee dari industri kpop pada tahun 2017

Penyanyi dan juga pelakon kelahiran Korea, Sulli atau nama sebenarnya Choi Jin-ri iaitu bekas ahli f(x) telah ditemui meninggal dunia keseorangan di dalam rumahnya dengan punca kematian dikenalpasti sebagai membunuh diri. Ia menjadikan berita kematian Sulli adalah paling tragik di dalam dunia hiburan kpop sejak liputan meluas tentang kematian Jonghyun Shinee pada tahun 2017. Semasa…

Read More

Semakin mendunia, album ‘Super M’ paling laris di Amerika Syarikat minggu lepas, sekaligus capai no.1 carta Billboard 200

Usaha Super M mengadakan jelajah promosi di serata Amerika Syarikat baru-baru ini telah membuahkan hasil apabila secara rasminya, mereka telah diangkat sebagai kumpulan kpop kedua selepas BTS yang berjaya meraih no.1 dalam carta Billboard 200 dengan jualan album terlaris di Amerika Syarikat pada minggu lepas sejak ia dilancarkan buat pertama kali. Kejayaan ini lebih manis…

Read More

Pembuat tatu yang disalahanggap teman wanita Jungkook BTS, letih terpaksa layan kerenah peminat BTS

Wanita pembuat tatu yang disalahanggap sebagai teman wanita Jungkook BTS sebelum ini, menyandarkan rasa keletihannya kerana terpaksa melayan kerenah peminat BTS yang kerap kali mengganggu urusan hariannya. Pada 13 Oktober hari ini, pembuat tatu itu berkongsi beberapa rantaian mesej di laman instagram miliknya menunjukkan dia telah menerima kecaman dan gangguan berterusan daripada peminat BTS sejak…

Read More

Kerana pernah terlanjur tuduh kawan ‘mengunyit’, Taeyong Super M (NCT) akhirnya memohon maaf

Taeyong Super M , yang juga ahli kumpulan NCT, hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan kawan yang dikatakan pernah menjadi mangsa bulinya sepuluh tahun lalu dalam satu sesi pertemuan sesama sendiri sebalik saja pulang dari jelajah promosi fasa pertama Super M di serantau Amerika Syarikat semalam. Menurut laporan media sebelum ini, Taeyong…

Read More

[Lintas langsung] Asian Song Festival 2019 bakal dimeriahkan ITZY, Stray Kids dan lain-lain lagi untuk hari ke-2

Setelah Alvin Chong dan Winner beraksi di hari pertama konsert Asian Song Festival 2019, hari ini penonton bakal dihiburkan oleh ITZY, Stray Kids, Ha Sung Woon, Kim Jae Hwan, AB6ix, Jang Woohyuk, dan Seonmi pula bermula jam 6.00 petang waktu tempatan. Asian Song Festival yang dianjurkan oleh Kementerian Budaya, Sukan dan Perlancongan Korea sejak tahun…

Read More