Kerana pernah terlanjur tuduh kawan ‘mengunyit’, Taeyong Super M (NCT) akhirnya memohon maaf

Taeyong Super M , yang juga ahli kumpulan NCT, hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka di hadapan kawan yang dikatakan pernah menjadi mangsa bulinya sepuluh tahun lalu dalam satu sesi pertemuan sesama sendiri sebalik saja pulang dari jelajah promosi fasa pertama Super M di serantau Amerika Syarikat semalam.

Menurut laporan media sebelum ini, Taeyong pernah menulis kenyataan berbunyi begini di dalam majalah graduasi sekolah menengah pada sepuluh tahun lalu, “Semua orang di sini sangat menghiburkan hati dan mempunyai personalti yang baik. Aku percaya semua akan berjaya di satu masa nanti. Tapi (nama dipadamkan) mungkin akan terkandas kerana dia ‘gay’. Aku percaya dan pasti.” Serentak dengan pendedahan oleh salah rakan mangsa itu sehingga mencetuskan perbalahan di media sosial, nama Taeyong tular kembali sebagai salah seorang kaki buli di sekolahnya. SM Entertainment pernah mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan Taeyong sebagai kaki buli, namun kenyataan menuduh kawannya ‘kunyit’ (istilah merujuk perbuatan sejenis atau gay) tersebut belum menerima penjelasan daripada SM Entertainment. Gesaan netizen tidak dipedulikan dan Taeyong tetap meneruskan rangka promosi bersama ahli-ahli Super M yang lain di Amerika Syarikat kemudiannya.

Semalam, Taeyong dilaporkan oleh Wikitree, bersemuka sendiri dengan mangsa pertama kali sejak sepuluh tahun yang lalu bagi memohon maaf secara terbuka. Taeyong mengaku terlanjur menulis kenyataan berkenaan tetapi dibuat dengan niat bergurau senda ke atas kawannya itu.

“Sudah lama tak menjumpai kawanku ini dan begitu kecewa kita dipertemukan semula atas sebab ini. Pada masa itu, aku tak pandai menjaga tingkah laku. Aku betul-betul memohon maaf secara ikhlas, ” kataTaeyong seperti dilaporkan Wikitree. Pertemuan tersebut berlangsung selama dua jam dengan diiringi linangan air mata kedua-duanya. Mangsa dikatakan telah menerima permohonan maaf daripada Taeyong. SM turut mengeluarkan kenyataan rasmi selepasnya bagi mengesahkan pertemuan berkenaan.

Netizen menyambut baik pertemuan tersebut dan berharap isu tersebut tidak diperpanjangkan lagi mengenangkan Taeyong difahamkan seorang yang agak terlanjur dalam percakapan dan perbuatannya, maka niatnya mungkin disalah faham oleh mangsa atau orang yang mendengarnya.

Sumber: wikitree , koreaboo

loading...