Pembuat tatu yang disalahanggap teman wanita Jungkook BTS, letih terpaksa layan kerenah peminat BTS

Wanita pembuat tatu yang disalahanggap sebagai teman wanita Jungkook BTS sebelum ini, menyandarkan rasa keletihannya kerana terpaksa melayan kerenah peminat BTS yang kerap kali mengganggu urusan hariannya.

Pada 13 Oktober hari ini, pembuat tatu itu berkongsi beberapa rantaian mesej di laman instagram miliknya menunjukkan dia telah menerima kecaman dan gangguan berterusan daripada peminat BTS sejak tertularnya gosip mengatakan dia merupakan teman wanita kepada Jungkook dan dinafikan olehnya kemudian. Sehingga kini, dia masih menerima gangguan secara berterusan dan cuba menghubungi pihak agensi Big Hit untuk menyelesaikan perkara berkenaan. Bagaimanapun, ianya tak berjaya dilakukan.

“Kedai kami disiasat pihak polis, malah kami terpaksa menjalani terapi beberapa kali kerana tak cukup tidur melayan kerenah korang. Perlukah kami teruskan hidup seperti begini lagi? Bukan saja kami, tapi keluarga, kawan serta kenalan kami juga dikecam dan diugut. Korang ingat kami boleh duduk diam dan biarkan ia berlalu begitu saja?,” kata pembuat tatu tersebut seperti dipetik dalam kapsyen instagram-nya.

Dipetik dalam laporan hankyung, pembuat tatu meluahkan rasa letihnya dengan berkata, “Ia betul-betul memeritkan, tapi terpaksa harungi juga.”

Sumber: hankyung

loading...