“The Last Empress” dan “Children of Nobody” (Red Moon Blue Sea) adalah dua drama terbaru yang mengisi slot tayangan drama Rabu-Khamis.
Pada 21 November, drama SBS – “The Last Empress” dan MBC – “Children of Nobody ” mula ditayangkan untuk tontonan semua.
Menurut data yang di perolehi oleh Nielsen Korea, “The Last Empress” menjadi drama No. 1 pilihan penonton bagi slot drama Rabu-Khamis. Drama tersebut telah mendapat tontotan sebanyak 7.6 dan 7.2 peratus bagi dua episode pertama tayangannya.
Manakala drama “Children of Nobody ” pula mencatatkan tontonan 5.2 dan 5.4 peratus pada tayangan perdananya. Bagaimanapun, peratus tontonan drama ini sedikit berbeza berbanding drama MBC sebelumnya iaitu “Terius Behind Me” yang merupakan drama nombor 1 dalam slot masa yang sama dengan jumlah tontonan lebih daripada 10 peratus.Jumlah tontonan bagi drama kabel MBN agak jauh berbeza. Drama “Love Alert” hanya mencatatkan 1.5 peratus jumlah tontonan, iaitu 0.3 peratus lebih rendah daripada episod terdahulu. Sejak episod pertama disiarkan pada 8 November, drama itu telah mencatatkan penurunan jumlah tontonan selama tiga minggu berturut-turut.
Drama KBS 2 “Feel Good to Die” (Happy If You Died) pula menerima 2.6 dan 3 peratus tontonan bagi episode yang terbaru.
Jom tonton teaser dua drama ini di bawah