Mungkinkah Michelle Yeoh, artis Malaysia pertama bakal tercalon dalam Oscar ?

Tercalon dalam Oscar bukan sesuatu yang mudah , hatta untuk menang sekalipun. Beberapa kali pelakon Asia cuba menembusi pasaran Hollywood , tapi nasib selalunya tak menyebelahi mereka untuk menerima penghargaan daripada anugerah paling berprestij seluruh dunia, Academy Awards atau dikenali sebagai Oscar.

Pelakon yang bergelar gadis Bond ini, Michelle Yeoh telah lama berkecimpung dalam bidang lakonan bertitik tolak daripada karier sebagai bekas ratu cantik Malaysia. Destinasi pertama dipilihnya ialah Hong Kong di mana filem-filem aksi selalu dimainkan. Michelle Yeoh berusaha akan melakonkan sendiri aksi-aksi ‘stunt’ berkenaan bagi memenuhi kehendak selera pasaran Hong Kong pada masa itu.

Michelle Yeoh disamping Pierce Brosnan di dalam filem James Bond: Tomorrow Never Dies

Gandingannya semula dengan Jackie Chan dalam filem Police Story 3 : Super Cop telah menaikkan semula nama Michelle Yeoh di kalangan penonton China dan Hong Kong setelah beberapa tahun berehat. Michelle Yeoh mula direkruit oleh produksi Hollywood untuk membintangi filem James Bond : Tommorow Never Dies sekaligus memperkenalkan namanya di pasaran Hollywood. Bibit-bibit nama ‘Gadis Bond’ amat hebat kedengaran di atas transformasi lakonan yang sangat mengujakan lagi-lagi aksi seni pertahankan diri diolahkannya sendiri.

Michelle Yeoh tak terhenti di situ saja. Beliau terus mara dengan membintangi filem Crouching Tiger, Hidden Dragon arahan pengarah Ang Lee sebagai wirawati Yu Shun Lien. Lakonan penuh berkarisma dan berketrampilan Michelle Yeoh bukan saja menambat hati rakyat Malaysia, malah penonton Barat sekalipun. Tapi, nasib tak berapa menyebelahinya apabila terkandas dalam pencalonan akhir untuk kategori Best Actress Oscar pada masa itu walaupun namanya disebut-sebut sebagai calon yang tak kurang hebatnya. Apatah lagi, beliau mencipta sejarah sebagai pelakon Malaysia pertama tercalon Best Actress anugerah BAFTA, sesuatu yang amat dikagumi oleh rakyat Malaysia.

Begitu juga dengan penangan filem Crazy Rich Asians pada tahun 2018 yang disebut-sebut sangat melayakkan Michelle Yeoh untuk mendapatkan sekurang-kurangnya pencalonan dalam kategori Best Supporting Actress Oscar.

Michelle Yeoh memandang sinis atas ‘provokasi’ cuba ditunjukkan kekasih anaknya, Constance Wu di dalam satu majlis perkahwinan. Adegan ini dipetik daripada filem Crazy Rich Asians.
Dikala Constance Wu cuba memenangi hatinya, Michelle Yeoh rupanya sedang merancang sesuatu untuk memisahkan anaknya,, Henry Golding dengan kekasihnya. Adegan yang dipetik daripada filem Crazy Rich Asians.

Segelintir para pengkritik dan pemerhati filem pada ketika itu tanpa segan-silu menamakan beliau dalam senarai akhir pilihan mereka untuk merebut top 5 kategori Best Supporting Actress Oscar melalui lakonannya sebagai bakal mak mertua yang tampak tegas tapi begitu tegar dalam usaha untuk memisahkan anaknya dengan kekasihnya, dan kemudiannya  merestui pilihan anaknya setelah tak sanggup hubungan dia dengan anaknya berakhir. Filem Crazy Rich Asians bertemakan cinta dan kekayangan ini menampilkan sisi lakonan Michelle Yeoh yang agak ‘classy’ dan menawan.  Kata Justin Chang, ahli majlis pengkritik Los Angeles di dalam ulasannya,

“You can’t help but hang on Eleanor’s (Michelle Yeoh’s) every word. In a crisp, authoritative, sometimes startlingly vulnerable performance that never lapses into dragon-lady stereotype, Yeoh brilliantly articulates the unique relationship between Asian parents and their children, the intricate chain of love, guilt, devotion and sacrifice that binds them for eternity” – Justin Chang

Para pengkritik mula meletakkan nama Michelle Yeoh dalam senarai akhir calon-calon yang akan merebut top 5 Best Supporting Actress pada tahun ini. Antaranya termasuklah Indiewire, Goldderby dan Award Circuit. 

Filem Crazy Rich Asians bukan saja dikritik sebagai antara filem terbaik keluaran Hollywood lewat tahun 2018 ketika itu dengan kesemua pelakonnya berketurunan Asia, malah ia juga mencatat ‘box office’ dengan kutipan sebanyak 236.5 juta , lebih 7 kali ganda daripada bajet kos produksi yang asal. Kebanggaan ini bukan saja dirasai rakyat Amerika berketurunan Asia, tapi juga rakyat Malaysia dengan kehadiran dua orang pelakon mereka, Michelle Yeoh dan juga Henry Golding di dalam filem berkenaan.

Apapun, nasib tidak menyebelahi Michelle Yeoh sekali lagi apabila namanya tercicir di dalam senarai akhir anugerah-anugerah pra-Oscar seperti Golden Globes, Critic Choice Awards dan Screen Guild Awards menyebabkan peluang beliau berakhir di situ saja tanpa pencalonan rasmi.

Kini, setelah 22 tahun berlalu, peluang Michelle Yeoh agak tinggi untuk terselit dalam pencalonan Oscar buat pertama kali menerusi filem Everywhere Everything All At Once selaku lakonan sebagai pemilik kedai dobi yang dihimpit hutang-piutang dan mampu mengubah takdir hidupnya dengan bertukar-tukar posisi dirinya daripada pelbagai alam terbilang (‘multiverse’). Seperti kata pengkritik Marya daripada RobertEdger, “Yeoh merupakan pendukung filem ini dengan watak yang mampu menyerlahkan kepelbagaian bakatnya daripada kemahiran ilmu pertahankan dirinya hinggalah kepada lakonan lucunya dalam menonjolkan sifat emosi manusia yang tidak terhabis hanya daripada kerdipan atau reaksi saja.”

Sebilangan besar para pengkritik difahamkan bersetuju bahawa lakonan Michelle Yeoh antara yang terbaik di dalam kariernya dan juga dalam kalangan terbaik pada tahun 2022 lalu. Hasilnya, beliau tercalon menerusi kategori Best Actress di dalam  anugerah-anugerah berprestij pra-Oscar seperti Golden Globes, Critic Choice, Screen Guild Awards dan BAFTA kesemuanya tanpa tertinggal satupun. Michelle Yeoh kemudiannya merangkul anugerah Golden Globes, menjadikan kemenangan pertamanya selaku anak Malaysia.

Michelle Yeoh membawakan watak Evelyn Quan Wang, pemilik kedai dobi yang dihimpit kesusahan akibat hutang dan mahu bercerai dengan suaminya.

Mampukah Michelle Yeoh mencatat sejarah sebagai rakyat kelahiran Malaysia yang pertama tercalon dalam mana-mana kategori penting Oscar? Dapatkah Michelle Yeoh memenangi hati pengundi Oscar secara keseluruhannya? Apapun, kita nantikan pencalonan top 5 Oscar , anugerah Akademi ke-91 akan diumumkan menjelang 24 Januari 2023 malam ini. Penulis menjangkakan bahawa Oscar akan menamakan anak seni Malaysia ini buat pertama kali.

TRIVIA: Pelakon Asia yang pertama kali pernah memenangi Oscar ialah Miyoshi Umeki menerusi kategori Best Supporting Actress, yakni pada 65 tahun yang lepas. Kemudiannya, ia disusuli oleh Yeoh Yun Jung pada tahun 2021 menerusi kategori Best Supporting Actress juga.  Jarang sekali, pelakon beketurunan Oriental (Cina, Korea dan Jepun) dapat menembusi pencalonan malah memenangi anugerah lakonan itu sekalipun. Cubaan dilakukan oleh Zhang Ziyi, Maggie Cheung ,Jackie Chan, dan Chow Yun Fatt tapi tiada seorang pun berjaya berbuat demikian.

Sumber: Goldderby , deadlines LA Times, RobertEdger

loading...