[Pena Kmania] 7 Selebriti Korea ini berkongsi Tip-Tip Kecantikan

Untuk siri kali ini, penulis akan menceritakan tentang petua-petua dan tips dari para idols dan bintang Korea yang lain. Tips ini di ambil dari beberapa koleksi  artikel di internet, yang mana penulis kumpulkan untuk dikongsikan dengan pembaca. Terdapat pelbagai tips dan ini adalah di antara yang penulis suka.

1. Bae Suzy

Siapa yang tidak kenal dengan Suzy, kecantikan wajah polos beliau sentiasa di idamkan orang ramai. Suzy merupakan seorang pengamal double cleansing method. Bahkan, Suzy menggunakan teknik pencucian yang lebih terperinci. Teknik ini disebut sebagai teknik 424. Teknik 424 ini bermula dengan 4 minit pertama untuk mencuci dengan pencuci berasaskan minyak untuk mencuci solekan dan kemudiannya membilas dengan air suam. Kemudiannya, 2 minit untuk mencuci wajah dengan buih pencuci dan akhir sekali 4 minit untuk mencuci wajah dengan air semata-mata. Teknik ini akan betul-betul membersihkan kulit wajah anda dari semua kekotoran dan menyediakan wajah untuk langkah-langkah seterusnya.

2. Ha Ji Won

Ha Ji Won sering kali tampil dengan solekan yang amat tipis. Bahkan sering kali penulis tertanya-tanya adakah beliau memakai solekan. Tips dari pelakon Secret Garden ini adalah beliau paling mengutamakan kelembapan kulit. Bahkan beliau tidak akan membiarkan kulit wajah beliau kering melebihi 3 saat. Selepas mencuci wajah, beliau akan secepat mungkin meletakkan Jelly Pack dari J.One ( produk penjagaan kulit jenama beliau sendiri). Ini adalah kerana, kelembapan kulit akan hilang dalam proses mencuci. Selain itu, beliau juga mengata, kita perlu sentiasa memiliki facial mist sekiranya produk-produk penjagaan kulit berada agak jauh dengan kita.

3. Daesung Bigbang

Oppa kesayangan VIP yang telah menjalani military service ini pula seorang yang mementingkan kebersihan tangan sebelum menyentuh kulit wajah. Beliau mengatakan beliau akan menggunakan scrub untuk membersihkan tangan terlebih dahulu. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kekotoran dan bakteria dari tangan berpindah kepada kulit wajah. Seterusnya adalah dengan mencuci wajah mengikut arah lawan pusingan jam ataupun melawan arah pertumbuhan bulu-bulu halus pada wajah. Kenapa? Ini menurut Daesung adalah untuk mengangkat segala bulu halus dan membersihkan liang pori dengan lebih baik. Selain itu, beliau turut syorkan untuk mencuci wajah dengan menggunakan air yang perlahan-lahan. Seolah-olah seperti yang dilakukan dalam iklan-iklan televisyen dan bukan hanya menyembur air terus kepada muka. Wahh begitu rumit, namun khabarnya G-Dragon turut mempelajari teknik ini dari Daesung.

4. BTS

Salah satu kumpulan yang penulis tidak pernah melihat sebarang cela pada wajah. Kumpulan ini begitu terkenal dengan kesibukan mereka dan sering kali di dalam perjalanan oleh bagaimanakah mereka menjaga kulit wajah mereka. Menurut J-Hope, penjagaan kulit wajah adalah syarat utama bagi selebriti dan beliau mengamalkan teknik penjagaan kulit yang berbeza pada siang dan malam hari. Pada siang hari, J-Hope menggunakan penyegar atau toner bersama dengan krim wajah. Namun, rutin malam beliau lebih terperinci dengan penggunaan penyegar, esens, krim jerawat, losyen dan  krim wajah. Bagi Jungkook pula, beliau menggunakan penyegar dan krim wajah untuk kedua-dua rutin siang dan malam. Jin pula merupakan seorang penggemar sheet mask. Beliau akan memakainya apabila merasakan kulit beliau terlalu kering ataupun terdedah dengan matahari terlalu lama. Kegemaran ini juga dikongsi oleh RM yang menyukai sheet masks dari jenama Mediheal dan akan menggunakan selepas seharian bekerja keras. Namun, Jimin menjelaskan dia jarang melakukan apa-apa rutin ketika dalam perjalanan terutamanya menaiki kapal terbang. Beliau hanya memastikan beliau minum air sebanyak boleh. V pula sering kali diperkatakan tentang teknik merendam pad kapas di dalam toner dan meletakkan seperti mask ketika menaiki kapal terbang. Selain itu juga, beliau mengamalkan double moisturising untuk menggantikan kelembapan kulit wajah yang hilang. Suga pula dikatakan paling bersahaja dan kurang berbelanja dalam penjagaan kulit. Malah menyatakan bad habit beliau adalah tidak menjaga kulit wajah.

5. Pasangan Song-Song (Song Joong Ki & Song Hye Kyo)

Bagi pasangan sama cantik ini, mereka memiliki tips yang begitu berbeza dengan satu sama lain. Si suami seorang yang mengamalkan mencuci kulit wajah dengan susu dan si isteri pula, mengamalkan konsep kecantikan DIY. Song Joong Ki menjelaskan beliau memperoleh kulit yang cerah dan mulus disebabkan rutin malam beliau iaitu mencuci kulit wajah dengan menggunakan susu. Song Hye Kyo pula seorang yang amat menyukai mask DIY. Resipi kegemaran beliau adalah mask dari campuran putih telur dan madu. Urutkan pada wajah sehingga kering sebelum mencuci dengan air suam. Madu adalah rahsia kepada keanjalan wajah Song Hye Kyo dan putih telur bertindak untuk mengecilkan liang pori pada wajah.

6. JooE Momoland

Sebelum ini penulis pernah menyatakan mengenai kawasan lingkaran mata, merupakan kawasan paling lembut dan sensitif, oleh itu kita digalakkan hanya menggunakan jari sahaja. Adakah pembaca tahu, jari manis adalah paling sesuai digunakan? Kerana jari manis kita adalah paling lemah dan sapuannya adalah paling lembut untuk digunakan. Bagi JooE, beliau menggunakan jari ini pada seluruh wajah.  JooE hanya akan meletakkan produk-produk penjagaan kulit wajah menggunakan jari manis beliau. Teknik ini merupakan satu teknik yang amat lembut dan akan mengambil sedikit masa. Namun, ia akan melindungi kulit wajah anda dari gosokan dan tepukan yang mungkin mengganggu keanjalan wajah anda.

7. Tzuyu Twice

Tzuyu merupakan penggemar satu teknik unik yang dipanggil sebagai The Phantom of Opera Technique. Kulit wajah beliau yang sentiasa kelihatan sempurna membuktikan teknik itu amat berkesan. Teknik ini menggunakan dua lapis mask. Lapisan pertama adalah sheet mask yang biasa dan yang istimewanya adalah lapisan kedua. Lapisan kedua adalah mask silikon. Penggunaan mask silikon adalah bertujuan untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah. Selain itu, Tzuyu berkata, teknik ini membolehkan kulit wajah menyerap dan mendapat lebih banyak bahan-bahan pada masa yang sama.

P/S. Penulis berharap tip-tip ini boleh membantu pembaca (sambil menyembur Green Tea mist dari Innisfree ke muka penulis).

Sumber : Allure; Soompi; Allkpop; SBS; NudieGlow; BeautyTap; Herworld

loading...