Bekas pengacara variety show popular Weekly Idol – Jung Hyung Don dan Defconn atau lebih dikenali sebagai Doni & Coni telah memulakan penggambaran untuk program variety terbaru mereka iaitu Idol Room. Idol Room adalah sebuah variety show terbaru JTBC. Wanna One telah diberikan mandat menjadi tetamu pertama rancangan tersebut.
Bersiaran langsung menerusi aplikasi V Live Naver dengan semua anggota Wanna One pada 24 April yang lalu, program ini memberikan peluang kepada para peminat (Wannables) untuk berinteraksi serta bertanyakan soalan secara terus dengan mereka.
Terbaru, kumpulan lagenda Shinhwa pula akan diundang sebagai tetamu jemputan ke-2 rancangan Idol Room ini. Seperti juga Wanna One, para peminat Shinhwa (Shinhwa Changjo) juga boleh berbuat demikian menerusi aplikasi V Live yang bakal diwujudkan dalam masa terdekat. Para peminat boleh bertanyakan soalan, berinteraksi dan mengetahui perkara-perkara menarik berkaitan Shinhwa yang dianggotai oleh Eric Mun, Lee Min-woo, Kim Dong-wan, Shin Hye-
Episod pertama Idol Room bersama Wanna One akan disiarkan pada 12 Mei pukul 4:40 petang KST di JTBC.