Apa yang akan terjadi jika pasukan berita penyiasatan berdepan risiko kehilangan segalanya? Dalam siri Korea Unmasked, yang akan mula ditayangkan pada 15 Januari di Disney+ Hotstar, pasukan wartawan ini hanya mempunyai satu peluang untuk menyelamatkan masa depan mereka.
Dibintangi Kim Hye Soo, Jung Sung Il, dan Joo Jong Hyuk, siri penuh debar ini berlatarbelakangkan Biro Kewartawanan Penyiasatan pertama di Korea, memaparkan misi paling genting sepanjang kerjaya mereka.
Pasukan berita penyiasatan Trigger dikenali kerana laporan yang berani dan penuh kontroversi. Namun, selepas satu pendedahan besar, mereka berhadapan ancaman besar – kehilangan pekerjaan. Untuk terus bertahan, mereka perlu menyelesaikan dua cabaran utama: mencari individu yang membocorkan rahsia pasukan mereka dan menyelesaikan kes lama melibatkan seorang pelakon terkenal yang hilang tanpa jejak sejak 20 tahun lalu.
Poster yang baru dilancarkan menarik perhatian dengan imej memukau Oh Soryong memegang kamera di tengah-tengah latar adegan yang mengagumkan, seolah-olah sebuah filem aksi.
Unmasked dibintangi oleh:
- Kim Hyesoo (Signal, Smugglers) sebagai Oh Soryong, ketua pasukan program penyiasatan “Unmasked” yang tidak teragak-agak untuk berhadapan dengan orang jahat secara langsung.
- Jung Sung Il (The Glory, Our Blues) sebagai Han Do, penerbit muda yang bersemangat.
- Joo Jong Hyuk (Extraordinary Attorney Woo) sebagai Kang Giho, seorang rekrut baru yang kelam kabut.
Ditulis oleh Gi Ryang dan diarahkan oleh You Sundong (The Uncanny Counter), Unmasked merupakan antara APAC Originals pertama yang wajib ditonton di Disney+ Hotstar pada tahun 2025. Ia akan disusuli oleh siri Korea lain yang dinanti-nantikan seperti:
- Hyper Knife lakonan Park Eunbin dan Sul Kyunggu,
- Knock-Off lakonan Kim Soohyun dan Cho Boah,
- Nine Puzzles lakonan Kim Dami dan Son Sukku, dan banyak lagi.
Saksikan Unmasked mulai 15 Januari, hanya di Disney+ Hotstar!