Nam Goong Min bawa pulang Daesang buat kali ke-3 & ‘My Dearest’ menang besar di MBC Drama Awards 2023

Pada 30 Disember, MBC Drama Awards 2023 telah diadakan bertempat di MBC Media Center, Seoul dan baru sahaja melabuhkan tirainya.  Kali ini, ia masih lagi dihoskan oleh Kim Sung Joo dan dibantu olehPark Gyu Young. MBC Drama Awards adalah satu majlis anugerah berprestij yang dianjurkan oleh Munhwa Broadcasting Corporation untuk menghargai pencapaian cemerlang para penggiat drama serta drama Korea yang disiarkan di rangkaiannya sepanjang tahun 2023.

Daesang (Hadiah Utama) tahun ini menjadi milik Namgoong Min buat ketiga kalinya menerusi persembahannya dalam “My Dearest,” yang mana drama berkenaan turut memenangi Drama Terbaik dan menyapu bersih sembilan anugerah pada majlis itu. Nam Goong Min turut membawa pulang Daesang dimajlis yang sama pada tahun 2021 menerusi lakonan hebatnya dalam “The Veil” dan kali pertama menerima Daesang di SBS Drama Awards 2020 untuk lakonannya dalam “Stove League.”

Anugerah Daesang pada tahun ini disampaikan oleh Lee Jong Suk yang merupakan penerima Daesang pada tahun lepas. Ketika ucapan penerimaannya, Nam Goong Min tersenyum berkongsi perasaannya.

Saya bersedia dengan sempurna untuk berlakon, tetapi dia tidak pandai bercakap. Jadi, saya akan bercakap tentang apa yang saya ingin katakan sebagai Namgoong Min seorang manusia biasa, dan bukan sebagai Namgoong Min seorang pelakon.

Selepas jadual yang sangat padat, saya tiba-tiba mempunyai masa lapang, jadi saya duduk di hadapan TV dan menontonnya dengan kosong. Tiba-tiba, soalan diajukan kepada saya, ‘Apakah kebahagiaan bagi saya?’ Saya tidur lena, mempunyai masa yang cukup untuk membaca skrip, pergi ke set penggambaran, dan saya rasa saya paling gembira apabila pengarah memberi saya tanda isyarat untuk beraksi.

Tiada apa yang lebih menggembirakan saya apabila saya melihat sesebuah karya itu mampu menyentuh perasaan penonton walaupun tanpa kemunculan saya. Terima kasih kepada pasukan ‘My Dearest’, penonton dan peminat yang memberikan saya kebahagiaan. Saya juga sangat berterima kasih kepada kakitangan dan pasukan produksi ‘My Dearest’ di atas segala bantuan mereka kerana mereka saya sentiasa menerima tenaga yang postif. Saya amat mengagumi usaha yang dilakukan untuk merakamkan keindahan yang luar biasa di skrin.

Gil-chae kami, Ahn Eun-jin, adalah seorang pelakon yang tidak pernah saya temui sebagai senior, tetapi saya menganggapnya sebagai rakan sekerja, bukan seorang senior/junior. Dia sentiasa ikhlas membantu ketika saya susah, dan disebabkan hujan salji itu, saya terlalu bergantung padanya, dan bukan sebagai junior, tetapi lebih kepada rakan sekerja. Terima kasih untuk semuanya. Jika bukan kerana Gil-chae, saya tidak akan berada di sini. Takkan ada Lee Jang-hyun, takkan ada trofi, dan saya tidak akan berada di sini.

Salah satu pepatah kegemaran saya ialah mimpi bukanlah destinasi, tetapi pelayaran itu sendiri. Daripada saat manis memegang trofi ini, saya lebih teruja saat pengambaraan ketika kami berdepan kesulitan dalam yang angin sejuk, ketika kami mengalami kesulitan di rumput panas, lakonan tidak berhasil, dan emosi kami yang pelbagai. Saya rasa sudah pasti impian saya tercapai kerana lebih manis rasanya apabila saya dapat memberi tumpuan dan mencipta adegan yang hebat walaupun dalam keadaan yang tidak berjalan dengan baik. Apabila bercakap soal lakonan, saya tidak akan membiarkan apa-apa pun mengecewakan saya. Saya akan menjadi seorang pelakon yang merendah diri serta melakukan yang terbaik dan sentiasa bekerja keras.

Ketika ‘My Dearest” diumumkan sebagai drama terbaik, Tuan Pengarah Kim Seong-yong naik ke pentas untuk menerima anugerah dan turut menyampaikan ucapannya.

Saya berbesar hati menerima anugerah ini bagi pihak penulis, pelakon dan kakitangan. Dengan anugerah ini ia mengingatkan saya  pada saat pertama kali saya menemui skrip ini. Seronok mempunyai skrip yang begitu luas dan menakjubkan. Tetapi sebaliknya, saya buntu tentang bagaimana untuk memotret terbaik skrip yang sangat besar ini dan bagaimana untuk mengubahnya menjadi sebuah karya. Memang benar saya bimbang dan khuatir.

Saya akhirnya mendapat jawapannya melalui ramai orang yang saya temui termasuk pelakon serta kakitangan produksi semasa mengerjakan projek itu. Selepas kerja keras bersama akhirnya lahirlah “My Dearest” dan penonton menyukainya. Terima kasih. Melalui kerja ini, saya merasakan secara langsung betapa hebatnya nilai kerjasama dan betapa hebatnya nilai orang ramai juga. Saya berterima kasih kepada pasangan terbaik saya Nam Goong Min dan Ahn Eun-jin yang menyampaikan watak mereka dengan tafsiran yang sangat baik. Saya juga berterima kasih kepada barisan pelakon hebat yang berganding bahu dengan ‘My Dearest’. Saya berterima kasih kepada kakitangan yang memberikan persembahan terbaik melalui kerja keras mereka. Semoga tahun 2024 akan memberikan lebih banyak kemanisan dan kegembiraan buat semua.

“My Dearest” ialah sebuah drama percintaan sejarah tentang kekasih yang nasibnya berubah akibat pencerobohan Qing ke atas Joseon. Namgoong Min membawakan watak  Lee Jang Hyun, seorang lelaki yang telah menyatakan bahawa dia tidak akan berkahwin, manakala Ahn Eun Jin memainkan watak Yoo Gil Chae, seorang wanita bangsawan yang bermimpi untuk mencari cintanya semula walaupun selepas dua kali gagal dalam perkahwinan. Disebabkan mendapat sambutan ramai, “My Dearest” telah menyambung siri drama itu dan mengeluarkan bagian ke-2 nya pada Oktober lalu dan episode terakhir tamat pada penghujung November.

Woo Do Hwan, Ahn Eun Jin, Lee Se Young, Kim Yoo Seok dan Jang Seo Hee memenangi Top Excellence Award untuk setiap genre drama masing-masing. Manakala Best Character diberikan kepada Kim Jong Tae (My Dearest). Manakala Nam Goong Min dan Ahn Eun Jin turut merangkul anugerah Best Couple.

Jom semak senarai penuh pemenang seperti di bawah

Daesang (Grand Prize): Namgoong Min (“My Dearest”)

Drama of the Year: “My Dearest”

Top Excellence Award (Miniseries): Woo Do Hwan (“Joseon Attorney”), Ahn Eun Jin (“My Dearest”), Lee Se Young (“The Story of Park’s Marriage Contract”)

Top Excellence Award (Short-Form or Daily Drama): Kim Yoo Seok (“Meant to Be”), Jang Seo Hee (“Game of Witches”)

Excellence Award (Miniseries): Bae In Hyuk (“The Story of Park’s Marriage Contract”), Park Gyu Young (“A Good Day to Be a Dog”)

Excellence Award (Short-Form or Daily Drama): Lee Hyeon Suk (“Game of Witches”), Jeon Hye Yeon (“Meant to Be”)

Best Character: Kim Jong Tae (“My Dearest”)

Best Couple: Namgoong Min and Ahn Eun Jin (“My Dearest”)

Best Supporting Actor: Choi Young Woo (“My Dearest”), Cha Chung Hwa (“Kokdu: Season of Deity”)

Best New Actor: Kim Moo Joon (“My Dearest”), Kim Yoon Woo (“My Dearest”), Park Jung Yeon (“My Dearest”), Joo Hyun Young (“The Story of Park’s Marriage Contract”)

Tahniaj diucapkan kepada semua pemenang!

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...