YouTube telah berkongsi senarai video muzik yang paling popular di Korea!
Menghampiri tahun 2024, YouTube telah mengeluarkan data mereka dengan menyenaraikan 10 video muzik yang paling banyak ditonton pada tahun 2023 di Korea.
Hanya tontonan daripada pengguna YouTube di Korea diambilkira dalam senarai ini dan data telah dikumpulkan dari 1 Januari hingga 31 Oktober 2023.
Nampaknya IVE sekali lagi merekodkan dua muzik video yang paling banyak ditonton pada tahun 2023 menerusi lagu “I AM” yang menduduki No.1 dan “Kitsch” yang berada di No.4. Tahniah untuk IVE. Lim Young Woong tidak kurang hebatnya apabila berada dikedudukan no.2 dengan “Grain of Sand” dan (G)I-DLE di No.2 dengan “Queencaed”.
Jom, lihat senarai video muzik Korea yang paling banyak ditonton tahun ini di bawah!
- IVE – “I AM”
- Lim Young Woong – “Grain of Sand”
- (G)I-DLE – “Queencard”
- IVE – “Kitsch”
- Jisoo (BLACKPINK) – “FLOWER”
- YOASOBI – “Idol”
- NewJeans – “Super Shy”
- Jungkook (BTS) – “Seven” (featuring Latto)
- SEVENTEEN – “Super”
- aespa – “Spicy”