4 Pelakon Korea ini paling ghairah mengucupi pasangannya di dalam Kdrama, menurut media Jepun

May be an image of 4 people

Pengaruh ‘hallyu’ tampaknya mula menular di Jepun dengan beberapa pelakon-pelakon Korea sudah mula menjadi kegilaan gadis-gadis di sana sejak platform penstriman seperti Netflix menjadi pilihan tontonan di rumah kerana kekangan pandemik Covid-19.

Majalah berpengaruh di Jepun, 25ans menghimpunkan senarai empat orang pelakon Korea yang difikirkan paling hebat bercumbu-cumbuan dengan pasangan mereka menerusi kaedah ciuman yang ditunjukkan di dalam drama-drama. Mereka ini bergelar sebagai wakil “Tukang Pencium” (“Kiss Craftmen”) dalam kalangan pelakon-pelakon drama Korea.

1. Park Seo Joon

Park Seo Joon yang semakin dikenali kerana drama tvN What Wrong With Secretary Kim dan jtbc Itaewon Class telah menambat hati penonton di sana. Selain menerima anugerah Best Kissing Scene di dalam 7th CARI Kdrama Awards, video kucupan tersebut telah ditonton lebih 300 juta kali di sana.

“Dapat merasakan perasaan membuak-buak ketika cuba memberikannya tteokbokki. Seperti dijangka, Park Seo Joon wakil tukang pencium tersohor kerana kekuatan dan kelemahan ciumannya itu hadir dalam pakej sangat sempurna. Gesiha!,” katanya mengulas tentang ciuman dibuat oleh Park Seo Joon.

2. Seo In Guk

Seo In Guk dipuji sebagai ‘dewa pencium terbaik’ disebabkan kucupannya yang penuh berahi tanpa berbaju di dalam tvN Reply 1997.

“Ukiran dagunya, otot leher serta tubuh badan yang menggiurkan sangat artistik.Saya terfikir macammana nak memanjangkan leher dan tampil cantik dalam masa yang sama, walaupun terpaksa bercium bersaksikan cermin…”, katanya mengulas adegan ciuman Seo In Guk itu.

Seo Jin Guk juga digilai kerana membawakan watak yang diperuntukkan kepada Kimura Takuya dengan baik sekali untuk adaptasi drama korea, tvN The Smile That Has Left Your Eyes.

3. Kim Soo Hyun

Drama tvN It’s Okay to Not Be Okay telah membuatkan penonton Kdrama tidak keruan dengan aksi ciuman mengghairahkan daripada Kim Soo Hyun.

“Fokuskan kepada adegan ciuman itu untuk meredakan pasangannya. Kim Soo Hyun sempat bercakap dulu ‘Kalau kau tak boleh kawal diri -sendiri, hitung 3 kali’, dan lantas menciumnya selepas habis mengira,” katanya mengulas tentang emosi ditunjukkan oleh pelakon itu.

Kim Soo Hyun telah melakarkan namanya terlebih dahulu menerusi drama-drama hit seperti SBS My Loves From The Star dan MBC Moon Embraces The Sun.

4. Hyun Bin

Bintang yang sudah bergemelapan sejak tahun 2000-an lagi ini membuatkan penonton Kdrama di Jepun sana tidak keruan selepas penampilannya sebagai askar kacak Korea Utara bernama Ri Jeong Hyuk di dalam tvN Crash Landing On You kini digilai mereka. tvN Crash Landing On You diperakui sebagai drama Korea paling popular di Jepun sejak KBS Winter Sonata, terima kasih kepada Netflix menayangkannya di sana.

“Bayangkan kau dikecewakan bekas kekasih (Song Hye Kyo), ciuman Hyun Bin kali ini sangat beremosi dan berharap dia mencapai kebahagian hakiki dengan Son Ye Jin,” katanya mengulas tentang kehebatan ciuman Hyun Bin. Pelakon utama drama tvN Crash Landing On You ini, Hyun Bin dan Son Ye Jin sudah pun mengesahkan mereka berpacaran dan mungkin akan ‘membina masjid’ tak lama lagi.

Sumber: 25ans

loading...