Gastão Elias sahut cabaran berlawan tennis dengan J Hope BTS

May be an image of 2 people and people standing

Pemain professional tennis terkemuka dari Portugal, Gastão Elias menyahut cabaran untuk berlawan tennis dengan Jung Hoseok (JHope) BTS.

 Di dalam episod ke-129 Run BTS! disiarkan semalam, kesemua ahli BTS turun padang ke padang tennis untuk mempelajari teknik-teknik permainan daripada bekas pemain tennis kebangsaan, Im Kyu Tae dan Kwon Soon Woon. Walaupun mereka pernah bermain tennis itu sebelum ini, hanya JHope saja bergelar pemain terbaik dalam kalangan mereka kerana pernah memenangi pingat gangsa di dalam pertandingan tennis secara berkumpulan.

Peminat ARMY di Portugal menggesa pemain professional daripada negara mereka menyahut cabaran berkenaan sehinggalah Gastão Elias menyatakan hasratnya di laman twitternya hari ini.

“Pada masa ini, aku hanya menunggu Big Hit mengundangku ke Korea Selatan (untuk berlawan dengan mereka),” kata Gastão Elias.

Rata-rata netizen berharap JHope dan Gastão Elias dipertemukan di padang tennis kelak.

Sumber: twitter

loading...