Inilah R. Tee, komposer YG yang akan menyumbang lagu untuk album ‘debut’ TREASURE nanti

Image may contain: 12 people, stripes, text that says 'TREASURE'

YG mengumumkan album EP pertama ‘TREASURE’ bakal mengandungi dua buah lagu iaitu Boy dan Come To Me.

‘Boy’ digubah dan dihasilkan sepenuhnya oleh R. Tee di bawah agensi The Black Label manakala ‘Come To Me’ pula bakal mendapat sentuhan oleh Rovin. R.Tee juga pernah bekerjasama dengan Teddy Park untuk pembikinan lagu-lagu Blackpink seperti ‘How You Like That’, ‘Kill This Love’ dan ‘Ddu-Du Ddu-Du’. Kedua-dua lagu berkenaan mengandungi lirik yang disumbang oleh dua orang ahli TREASURE, Haruto dan Choi Hyun Suk. Yoshi turut dikreditkan sebagai penulis lirik ‘Come To Me’.

Sejak diumumkan pengeluaran album ini, ‘The First Step: Chapter One’ sudah pun memperoleh pembelian awal melebihi 2,000 unit dan dijangka meningkat penambahannya menjelang hari-hari pelancaran album berkenaan pada 7 Ogos 2020.

Baca lagi: Macam ‘jambu cair’, Asahi undang teriakan netizen ketika melaram untuk pembikinan MV TREASURE

TREASURE bakal dianggotai oleh 12 orang ini, bakal ‘debut’ tak lama lagi setelah diperapkan lama dalam kotak simpan YG selama hampir 1 tahun setengah.  Mereka menjadi kumpulan terbaru keluaran YG selepas Blackpink yakni lebih 4 tahun lalu. Bang Ye Dam telah mengeluarkan lagu ‘Wayo’ sebagai promosi lagu solonya sebelum bergiat aktif sepenuhnya dengan TREASURE.

Sumber: spottvnews

loading...