Ji Chang Wook bergandingan dengan Kim Yoo Jung untuk drama adaptasi webtoon terbaru

Nampaknya selepas drama “Melting Me Softly” Ji Chang Wook dah bersedia untuk projek yang baru. Kali ini Ji Chang Wook akam bergandingan dengan Kim Yoo Jung.

Pada 29 Januari, produksi drama akan datang yang bertajuk  “Convenience Store Saet Byul” (tajuk kerja) telah mengesahkan penyertaan dua pelakon berkenaan yang akan memegang watak utama.

Drama ini berdasarkan adaptasi webtoon popular dengan tajuk yang sama, “Convenience Store Saet Byul”. Ia bertemakan romantik yang mengisahkan pemilik kedai serbaguna Choi Dae Hyun (lakonan Ji Chang Wook) dan pekerja part-time Jung Saet Byul (lakonan Kim Yoo Jung). Drama ini akan mendapat sentuhan Lee Myung Woo, PD yang pernah terlibat dibelakang drama hit SBS pada 2019 iaitu “The Fiery Priest.”

Dalam drama ini, Chou Dae Hyun memiliki wajah yang tampan, namun tidak disangka dia tetap mempunyai sisi yang sengal, di mana dia akhirnya menjalankan perniagaan kedai serbaneka diusia muda selepas meninggalkan kerjanya disebuah syarikat besar. Di sana, dia bertemu dengan Jung Saet Byul yang cekal dan jelik. Jung Saet Byul tekad untuk meninggalkan kenangan masa lepas dan memulakan kehidupan yang baru sebagai wanita muda yang sanggup berjuang demi keadilan.

“Convenience Store Saet Byul” dijangka akan bersiaran sekitar musim luruh depan. Pasti ramai yang menantikan gandingan mereka berdua kan! So, stay tuned gais!

Sumber : Hankyung

loading...