BTS dan Taeyeon menang Daesang di Anugerah Muzik Seoul ke 29

Anugerah Muzik Seoul ke 29 baru sahaja melabuhkan tirainya. Kali ini anugerah yang diadakan bagi menghargai penyanyi dan muzik bagi tahun 2019 telah berlangsung di Gocheok Sky Dome, Seoul. Ia telah mendapat khidmat Shin Dong Yup, Jo Bo Ah, dan Kim Heechul Super Junior sebagai host pada malam ini.

Nampaknya BTS sekali lagi membawa pulang Daesang (grand prize) bagi kategori pengeluaran album secara fizikal. Ini merupakan kali ketiga berturut-turut BTS mempertahankan kemenangan Daesang mereka di Anugerah Muzik Seoul. BTS bagaimanapun tidak dapat menghadiri anugerah kali ini namun sempat mengirimkan ucapan terima kasih mereka menerusi sebuah video pendek. Antara mesej mereka:

Terima kasih pada semua yang mendengarkan dan menyukai muzik kami. Dan kepada ARMY kami yang selalu menjaga dan menyokong kami, terima kasih kerana sering menjadi tulang belakang kami dan tidak jemu untuk beri sokongan kepada kami. 

https://twitter.com/BTScontentvideo/status/1222850736326733826

Manakala Taeyeon Girls’ Generation mula memenangi Daesang pertamanya di Anugerah Muzik Seoul bagi pengeluaran album secara digital. Selain itu, Taeyeon turut memenangi dua anugerah lain iaitu OST Award bagi runut bunyi drama  “Hotel Del Luna” yang berjudul  “A Poem Titled You,” dan juga Bonsang (Main Award).

Jom, check out senarai penuh pemenang!

Judges’ Special Award: Song Ga In
Band Award: Daybreak
Hip Hop R&B Award: Kassy
Ballad Award: Kim Jae Hwan
Dance Performance Award: Ha Sung Woon
OST Award: Taeyeon
Discovery of the Year: Kim Hyun Chul
QQ Music Popular K-Pop Artist Award: EXO
Popularity Award: EXO
Hallyu Star Award: EXO
Rookie Award: TXT, ITZY, AB6IX
Bonsang (main awards): BTS, Taeyeon, Super Junior, EXO, TWICE, Red Velvet, NU’EST, MONSTA X, MAMAMOO, Chungha, Paul Kim, NCT Dream
Daesang (physical album): BTS
Daesang (digital music): Taeyeon

Tahniah kepada semua pemenang!

Sumber : Newsen 

loading...