Pernahkah korang membaca berita tentang kontroversi salah laku seks pelakon Uhm Tae Woong? Pelakon yang pernah tercalon Best Actor 1st CARI Kdrama Awards menerusi drama KBS Man of Equator ini telah dikenakan saman sebanyak 1 juta won atas kesalahan meminta khidmat seks menerusi pemilik kedai urut. Bagaimanapun, ‘mangsa’ berkenaan, Kwon iaitu pemilik kedai urut tersebut telah mendakwa Uhm Tae Woong merogolnya dengan menjadikan Shim salah seorang ‘client’ yang datang ke kedai urut sebagai saksi.
Namun, setelah siasatan dilakukan, rupanya, kedua-dua mereka telah berpakat merakam video seks pelakon lelaki yang menyerupai Uhm Tae Wong tersebut dan mengugut pelakon tersebut untuk memberikan mereka duit. Uhm Tae Wong juga didapati tidak merogol Kwon seperti yang didakwa olehnya. Mahkamah pada hari ini telah menjatuhkan hukuman terhadap Shim sebanyak 5 tahun manakala Kwon sebanyak 2 tahun 6 bulan.
Sumber: yonhap