Pelakon “SKY Castle” Kim Bo Ra & Jo Byung Gyu, kini bahagia menyulam cinta

Tidak disangka-sangka, rupanya pelakon drama “SKY Castle” Kim Bo Ra dan Jo Byung Gyu secara rasminya bercinta.

Pada 21 Februari, media Korea, The Fact melaporkan kedua pelakon tersebut dilihat bertemu janji pada lewat malam. Keduanya sebelum ini  digossipkan bercinta setelah membintangi drama hit JTBC “SKY Castle”

Agensi Kim Bo Ra dan Jo Byung Gyu bagaimanapun telah mengesahkan berita ini bahawa kedua pelakon tersebut sememangnya telah menjalani frasa percintaan. Agensi Kim Bo Ra; Moment Entertainment memberitahu, “Setelah berbual dengan pelakon tersebut, kami mengetahui mereka mula bercinta pada awal bulan ini.” Agensi Jo Byung Gyu; HB Entertainment juga mengeluarkan kenyataan yang serupa dengan mengiyakan bahawa keduanya mula bertemu janji awal Februari ini.

Apapun, tahniah buat pasangan yang baru bercinta ini.

Sumber : Naver | Naver | News

loading...