Jang Hyuk sertai Seolhyun, Woo Do Hwan & Yang Se Jong untuk jtbc “My Country” sebagai Lee Bang Won

Jang Hyuk telah mengesahkan kemunculannya di dalam jtbc ‘My Country’ yang turut menggandingkan Seolhyun, Woo Do Hwan dan Yang Se Jong bersama.

jtbc ‘My Country’ merupakan drama aksi bergenre sageuk bertumpukan pada zaman pemerintahan dinasti Goryeo yang terakhir, berkisarkan tentang kelompok manusia yang begitu dahagakan kuasa sehingga berbunuhan sesama sendiri.

Jang Hyuk dicadangkan watak Lee Bang Won, anak kepada bakal maharaja pertama dinasti Joseon, yang telah dibuangkan kerakyatannya dan menjadi pengutip cukai terkemuka. Watak ‘Lee Bang Won’ agak terkenal sehingga melayakkan Yoo Ah In menerima anugerah Best Actor di dalam Baeksang Art Awards menerusi drama SBS Six Flying Dragon’. Lebih menarik lagi, Jang Hyuk juga pernah melakonkan watak yang serupa di dalam filem ‘Age of Innocence’ atau dikenali sebagai ‘Empire of Lust’ pada tahun 2015, sekaligus menjadikan beliau antara beberapa artis Korea yang melakonkan watak serupa di dalam layar perak mahupun layar emas.

“Produksi agak menarik untuk diketengahkan. Jalan cerita juga menghiburkan. Saya mahu tonjolkan kebaikan di sebalik perwatakan antagonis ‘Lee Bang Won’. Jumpa kita di dalam drama sageuk. Terima kasih ,” kata Jang Hyuk, pelakon tercalon dua kali Best Actor CARI Kdrama Awards dalam satu kenyataan ringkas ditujukan pada pihak media.

Dari kiri : Yang Se Jong dan Woo Do Hwan

Turut sama menyertai drama ini ialah Yang Se Jong (“SBS Still 17”, “SBS Temperature of Love”) dan Woo Do Hwan, yang tercalon Best Supporting Actor 6th CARI Kdrama Awards menerusi MBC Mad Dogs. Yang Se Jong sebaai Seo Hwi merupakan seorang pahlawan, anak kepada jeneral terkemuka di Goryeo, Seo Geom. Kerana berpegang pada prinsip keadilan, hidupnya sentiasa berada dalam ketidaktentuan meskipun suka melemparkan senyuman. Manakala, Woo Do Hwan pula sebagai Nam Sun Ho, seorang yang bijak mengatur rancangan tapi lahir pada rahim dari golongan yang bukan bangsawan menyebabkan dia sukar untuk berdiri sama taraf dengan mereka. Kecewa dengan penyelewengan dilakukan oleh ayahnya, Nam Sun Ho terpaksa mengabaikan impiannya dan akhirnya berkonflik dengan Seo Hwi atas salah faham.

Seolyun pula akan menjadi orang tengah dalam cinta tiga segi antara Nam Sunho dan Seo Hwi sebagai Han Hee Jae. Tidak dipastikan apakah hubungan Han Hee Jae, Seo Hwi, dan Nam Sunho dengan Lee Bang Won tetapi mereka bertiga mungkin dipergunakan Lee Bang Won bagi merealisasikan impiannya membentuk gerakan menjatuhkan kerajaan Goryeo terakhir tersebut.

jtbc “My Country” akan diarahkan oleh Kim Jin Won, yang pernah mengarahkan drama “Just Between Lovers” dan skripnya ditulis oleh Chae Seung Dae, yang sebelum ini menghasilkan skrip “Master: God of Mood.”

Drama ini menceritakan kisah tiga orang yang cuba melindungi cinta mereka dari dilanda badai.  “My Country” dijangka akan disiarkan  pada musim panas tahun 2019.

Sumber: hankookilbo , OSEN , kmania1

loading...