[Update] Ju Ji Hoon, Kim Nam Gil, Han Ji Min, Jung Il Woo antara yang mengisi seleksi K-drama sepanjang Februari ini

Annyeong Yorobun, Chinguyaa,

Ok, kita dah hampir untuk menempuh bulan Februari. Seperti biasa, ini dia senarai drama baru Korea yang akan bersiaran sepanjang bulan Februari yang mana bakal menjadi drama pilihan hati korang. Tidak termasuk drama-drama yang masih ditayangkan ya! Jadi, selamat membuat pilihan.

1. Touch Your Heart (tvN)

tvN “Touch My Heart” atau “It Feels Sincere”  menggunakan sutradara Park Joon Hwa, yang dikenali dengan gaya arahan yang penuh mantap dan romantis seperti ditunjukkannya menerusi tvN “What’s Wrong With Secretary Kim” dan juga, tvN “Because This Is My First Life”, di mana beliau meraih pencalonan Best Director 6th Cari Kdrama Awards.

Drama ini merupakan adaptasi daripada novel nukilan Jager, berkisarkan tentang seorang aktres terkenal Oh Jin Shim (Yoo In Na) yang sedang menjalani hubungan teman tapi mesra dengan seorang peguam sebelum mula dibenci peminatnya apabila terbabit dalam skandal dengan seorang chaebol. Lee Dong Wook memegang watak peguam tersebut, Kwang Jung Rok, seorang peguam yang sangat berdedikasi dan sentiasa komited dengan kerjanya. Beliau juga yang akan menjaga rahsia dan kredibiliti Oh Jin Shim sewaktu karier seninya di ambang kemusnahan gara-gara skandal yang berlaku.

Drama ini telah ditunda tayangan yang sepatutnya bermula 31 Januari. Tarikh baru siaran drama ini adalah pada 7 Februari (setiap Khamis – Jumaat) menerusi tvN Asia (Ch 395) dan unifi (Ch 211). Drama express 24 jam dari Korea ini akan bermula pada jam 9.45 malam.

2. Legal High (JTBC)

“Legal High” yang mendapat sutradara Kim Jung Hyun (“tvN Hwayuki”, “MBC Gu Family Book”) dan penulis skrip Park Sung Jin ini sebenarnya dihasilkan dengan genre yang sama (perundangan) di Jepun yang bertajuk ‘Rigaru Hai’ disiarkan oleh Fuji TV pada tahun 2012 dan 2013.

Jin Goo membawa watak Ko Tae Rim sebagai seorang yang sangat angkuh tetapi berpengalaman sehingga dikatakan tak pernah kalah dalam beberapa kes yang ditandinginya di mahkamah. Akan tetapi, Seo Eun-su pula memegang watak sebagai Seo Jae In, seorang yang prihatin dan sentiasa sudi membantu kliennya yang terperangkap dalam keadaan yang susah. Jae In nekad untuk berkerja bersama-sama dengan Tae Rim untuk menyelesaikan kes-kes mahkamah yang susah.

“Legal High” akan menggantikan slot drama “SKY Castle” yang bersiaran setiap Jumaat-Sabtu, jam 11.00 malam menerusi rangkaian JTBC.

3. Trap (OCN)

“Trap” sebuah drama tujuh episode bertemakan penyiasatan misteri-thriller yang dibintangi oleh Lee Seo Jin, Son Dong Il, Lim Hwa Young dan ramai lagi. Drama ini berkisarkan penyiasatan tentang pembaca berita negara, Kang Woo Hyun (Lee Seo Jin). Sedang beliau bercuti bersama keluarga, suatu insiden telah menimpa mereka dan membuatkan Kang Woo Hyun terperangkap dalam situasi berkenaan hingga merubah  kehidupannya.

Disebabkan digelar penmbaca berita negara, Kang Woo Hyun sangat dikenali dan dihormati oleh orang-orang disekelingnya termasuk ahli politik. Beliau menjalani kehidupan yang sempurna, dengan memiliki keluarga yang bahagia dan kerjaya yang baik. Hanya kerana satu insiden, beliau kehilangan segalanya.

Sung Dong Il pula akan membawakan watak detektif senior, Go Dong Kook. Beliau bertanggungjawab dalam menguruskan kes melibatkan Kang Woo Hyun. Go Dong Wook telah menggunakan segala kepakaran yang beliau miliki untuk menyiasat serta membongkar kebenaran yang mengejutkan ramai pihak.

“Trap” akan mula ditayangkan pada 9 Februari depan, jam 10.20 malam di cenel OCN.

4. Item (MBC)

‘Item’ adalah hasil nukilan penulis skrip OCN Save Me, Jung Yi Do berdasarkan novel web yang menggunakan judul sama. Drama yang bertemakan drama fantasi misteri ini mengisahkan seorang pendawaraya dan detektif ‘profiler’ yang cuba untuk mendedahkan rahsia di sebalik ‘item’ yang mempunyai kuasa perlindungan khas.

Kang Gang (lakonan Ju Ji Hoon) mempunyai kelebihan berkuasa psikik seperti diceritakan di dalam novel tersebut selepas terbabit dalam konspirasi berkuasa ghaib ‘item’  untuk menyelamatkan anak saudaranya, Da In. Selain memiliki sifat yang dingin dalam membuat keputusan tetapi seorang baik hati, Kang Gang selalu menggunakan ‘Item’ untuk melindungi mangsa teraniaya.

Jin Se Yeon pula membawa watak detektif ‘profiler’ bernama Shin So Young yang sentiasa sempoi dalam menjalankan tugas mencabar bersama Kang Gang. Kim Kang Woo pula membawakan karakter Jo Se Hwang, Naib Presiden kumpulan Hwawon, seorang sociopath, menganggap dirinya tuhan dan akan melakukan apa saha untuk memiliki kuasa istimewa ‘item’ itu.  Menampilkan imej yang baik di hadapan orang ramai dan seorang yang kejam disebaliknya.

“Item” akan menggantikan slot drama “Less Than Evil” di Oh!K Ch 394, setiap Selasa – Rabu mulai jam 7.50 malam dan disiarkan dalam tempoh 24 jam selepas tayangan di Korea.

5. Dazzling in your eyes (jtbc)

Drama ini yang digarap oleh penulis skripnya dengan ingatan pelakon Kim Hye Ja sebagai pelantun utamanya, akan dibawa wataknya secara bergilir-gilir oleh Han Ji Min dan pelakon veteran, Kim Hye Ja itu juga. Kim Hye Ja yang berusia 26 tahun, berazam untuk menjadi juruhebah tv yang berjaya. Pada suatu hari, dirinya bertukar kepada seorang wanita tua yang mampu memindahkan masanya kepada orang lain dengan harapan dapat menjadi muda semula. Kim Hye Ja dikatakan meminjamkan masa itu kepada Lee Joon Ha, yang dilakonkan oleh Nam Joo Hyuk, berdikit-dikit untuk memulihkan dirinya kepada yang asal.

Lee Joon Ha yang berusia 25 tahun, mahu menjadi wartawan tetapi  tak kesampaian kerana dia tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Pertemuannya dengan Kim Hye Ja mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik akibat masa dipinjamkan padanya.  Manakala, Son Jo Hoon pula  memegang watak mungkin sebagai abang kepada Kim Hye Ja, seorang yang tak kisah dengan perubahan berlaku pada Kim Hye Ja dan juga tak dapat dijangka pemikirannya.

“Dazzling in Your Eyes” akan bersiaran 11 Februari ini, jam 9.30 malam bagi menggantikan drama “Clean With Passion For Now”.

6. Haechi (SBS)

Haechi” atau “Hatch” merupakan drama berlatar belakangkan Zaman Joseon yang mengisahkan empat orang dari latar belakang berbeza bekerjasama untuk membantu Prince Lee Geum memegang takhta sebagai Raja dan sekaligus membawa perubahan kepada Joseon.

Jung Il Woo akan membawa watak sebagai putera raja Lee Geum yang berkepimpinan tinggi tapi dipinggirkan kerana status dirinya dilahirkan daripada rahim ibu dari kelas terendah. Lee Geum berazam untuk mereformasikan institusi diraja Joseon dengan bantuan tiga orang yang dipercayainya iaitu tukang penyiasat terunggul, Yeol Gi (dilakonkan oleh Go Ara), cendiakawan yang bijaksana dan Park Moon Soo ( lakonan Kwon Yul) pemain badut yang mahir dalam ilmu pertahankan diri.

Drama ini mula ditayangkan pada 12 Februari, menerusi ONE HD Ch393 jam 8.15 malam setiap Selasa dan Rabu. “Haechi” akan bersiaran di tv Malaysia dalam tempoh 24 jam selepas tayangannya di Korea. 

7. Possession (OCN)

“Possessed”sebuah komik thriller di mana ia menceritakan tentang jiwa jahat yang mengawal kehidupan seseorang manusia untuk melakukan kejahatan. Namun takdir telah menemukan seorang detektif yang mempunyai naluri isixth sense dengan seorang wanita yang mempunyai kuasa psikik, tetapi sanggup melakukan apa sahaja untuk menjalani kehidupan normal.

Go Jun Hee akan memainkan watak psikik Hong Seo Jung, yang dilahirkan dengan spritual yang kuat. Hidup dalam kesunyian, sering menjauhkan diri dari orang lain untuk menyembunyikan kuasa luar biasanya. Namun, bila diprovokasi, beliau seringkali mengeluarkan perkataan yang lucu. Namun, kuasa psikik yang disembunyikannya dapat dihidu oleh Kang Pil Sun lakonan Song Sae Byuk. Song Sae Byuk merupakan seorang detektif polis, tidak memiliki rupa yang menawan, suka bercakap kasar, hati tisu dan punya pemikiran yang mendalam. Keduanya memutuskan untuk bekerjasama dalam menyelesaikan kes-kes yang berlaku dengan menggabungkan kelebihan masing-masing.

Drama ini akan meghiasi slot drama Rabu-Khamis di OCN jam 11.00 malam.

8. Hot Blooded Priest (SBS)

“Hot Blooded Priest” atau “The Fiery Priest ” berkisarkan tentang seorang paderi muda bernama Kim Hae Il yang mengalami masalah mental berkait dengan obsesif-kompulsif , asyik panas baran dan seringkali dicop ‘gila’ oleh rakan-rakan sepaderinya. Malah beliau terpaksa dipergunakan dirinya oleh detektif polis untuk menyelesaikan kes pembunuhan seorang paderi tua di sebuah gereja ternama. Pembunuhan paderi tua tersebut berkait dengan senario politik negara sehingga memungkinkan pembukaan unit polis tertentu demi siasatan kes berkenaan.

Kim Nam Gil akan memegang watak sebagai Kim Hae Il, seorang yang pada asalnya bekas agen risikan NIS pada sepuluh tahun lalu ditugaskan oleh pihak risikan untuk memerhatikan perhimpunan jemaah gereja yang diselaputi dengan gerakan ekstremis, salah guna kuasa dan salah laku seks. Kim Hae Il terpaksa menyamarkan dirinya sebagai paderi junior yang bermasalah dan secara kebetulannya, terpaksa merelakan dirinya dipergunakan oleh detektif polis untuk tujuan yang sama.

Manakala, Kim Sung Kyun pula merupakan detektif polis yang bertanggungjawab untuk menyiasat kes pembunuhan paderi berkenaan. Dia telah kehilangan rakan sepasukan tiga tahun lalu dan akhirnya menjadikan Kim Hae Il sebagai teman strategiknya sepanjang siasatan tersebut. Honey Lee, memegang watak sebagai pengarah unit siasatan khas polis bernama Park Kyung Sun. Mempunyai kehandalan menguruskan kes berprofil tinggi, Pak Kyung Sun akan memacu unitnya ke tahap tertinggi selaras dengan sijil Seoul National Universiti dimilikinya, sehingga menimbulkan kemarahan daripada pihak pendakwaan.

Drama ini mula ditayangkan pada 16 Februari, menerusi ONE HD Ch393 jam 5.05 petang, setiap Sabtu dan Ahad. “The Fiery Priest” akan bersiaran di tv Malaysia dalam tempoh 24 jam selepas tayangannya di Korea. 

9. Big Issue (SBS)

“Big Issue” adalah cerita mengenai ketepatan fakta dan kebenaran sesuatu berita yang disampaikan media terutama golongan paparazzi. Drama ini juga akan fokus tentang kehidupan mereka yang bergelar paparazzi yang seingkali inginkan bahan yang hebat seperti skandal atau gambar sensasi untuk dituliskan setiap minggu bagi mendapat perhatian segenap masyarakat.

Kegilaan mereka bergelar paparazzi dalam mendapat sesuatu yang ‘panas’ tidak dijangka. Namun, dengan hanya beberapa keping gambar Han Seok-Joo (Joo Jin-Mo)  kehilangan segalanya termasuk pekerjaan dan keluarga.

Ji Soo-Hyun (Han Ye Seul) pula adalah ketua editor terkenal bagi kumpulan paparazzi. Beliau telah mengambil Han Seok Joo menjadi jurufoto paparazzi.

“Big Issue” akan menggantikan slot drama “The Last Empress” dirangkaian SBS.

loading...