G-DRAGON Kembali dengan ‘Good Day’ – 3 Sebab Anda Tak Boleh Lepaskan Rancangan Ini!

iQIYI Hadirkan Good Day Secara Eksklusif – Rancangan Penuh Bintang yang Menyatukan Hati Melalui Muzik

3 Sebab Kenapa Anda Tak Boleh Lepaskan Good Day di iQIYI pada 16 Februari Ini!

Penantian berakhir! Ikon muzik global, G-DRAGON, kembali ke dunia hiburan dengan Good Day, sebuah rancangan varieti yang menggabungkan muzik, emosi, dan penampilan tetamu terkenal. Ditayangkan secara eksklusif di iQIYI untuk penonton di Asia Tenggara, Hong Kong, Taiwan, Macau dan pelbagai negara lain, berikut adalah tiga sebab kenapa anda wajib menontonnya:

1. Kepulangan G-DRAGON – Hadiah Istimewa untuk Peminat

Sebagai salah seorang artis paling berpengaruh dalam industri K-pop, G-DRAGON kembali untuk berhubung dengan peminatnya secara lebih dekat. Good Day bukan sekadar rancangan hiburan – ia adalah ungkapan terima kasihnya kepada semua yang telah menyokongnya sepanjang karier. Melalui muzik dan perbualan bermakna, setiap episod menjadi satu pengalaman yang penuh emosi dan apresiasi seni.

2. Barisan Tetamu Hebat – Hiburan Penuh Kejutan

Menemani G-DRAGON dalam rancangan ini adalah nama-nama besar seperti Kim Soo Hyun, Kim Go Eun, Jung Hae In, Yim Siwan, Hwang Jung Min, SEVENTEEN BSS, Kian84, dan Jeong Hyeong-don. Dengan senarai tetamu yang berbeza latar, penonton boleh menantikan kerjasama istimewa, momen spontan, dan persembahan yang pasti meninggalkan kesan.

3. Muzik yang Menyentuh Jiwa – Dikendalikan Pakar Industri

Diarahkan oleh Kim Tae Ho, pencipta rancangan popular seperti Infinite Challenge dan Hangout with Yoo, Good Day bukan sekadar hiburan tetapi satu perjalanan emosi. Dengan lagu dan lirik yang membawa makna mendalam, rancangan ini menjanjikan pengalaman yang menyentuh hati – sempurna untuk mereka yang mencari inspirasi, nostalgia, atau sekadar hiburan yang menyenangkan.

4. Tayangan Eksklusif di iQIYI – Boleh Ditonton di Seluruh Dunia

Good Day akan disiarkan secara eksklusif di iQIYI SEA, iQIYI Hong Kong, iQIYI Taiwan, iQIYI Macau, iQIYI Australia & New Zealand, iQIYI UK, iQIYI Amerika Utara dan beberapa wilayah lain dalam pelbagai bahasa. Dengan penstriman lancar dan sari kata pelbagai bahasa, peminat di seluruh dunia boleh menikmati setiap momen berharga ini tanpa batasan.

Good Day bakal menemui penonton pada 16 Februari – pastikan anda tidak terlepas! Jom tonton snippet rancangan Good Day ini dahulu.

 

Poster Rasmi: Aura Segar G-DRAGON dalam Good Day

Poster utama yang baru dirilis menampilkan G-DRAGON berlatar langit biru cerah dan padang bunga daisy. Dengan gaya rambut jingga yang menyerlah, beliau melengkapkan penampilan kasual tetapi tetap bergaya, sambil menyelitkan bunga daisy – lambang ikoniknya – di rambut, menambahkan lagi keunikan dirinya.

 

 

 

Dalam satu lagi poster, G-DRAGON kelihatan ceria dengan menutup matanya menggunakan bunga daisy, sambil memaparkan ekspresi nakal yang mencuri perhatian. Slogan “Shall we sing together?” menimbulkan rasa ingin tahu tentang perjalanan muziknya kali ini, yang bakal menampilkan kerjasama bersama pelbagai personaliti dari industri berbeza.

Rancangan ini juga semakin mendapat perhatian kerana bakal menyatukan semula Jung Hyeong-don dan G-DRAGON, yang pernah menunjukkan keserasian hebat mereka menerusi Infinite Challenge Music Festival 2013. Selain itu, rakan-rakan lama G-DRAGON seperti Defconn, Cho Sae Ho dan CODE KUNST turut dijangka membuat penampilan khas dalam rancangan ini.

Jangan lupa! 16 Februari, hanya di iQIYI!