Song Mino dikecam kerana abaikan tugas di pusat khidmat sosial selepas berjalan-jalan ke Hawaii

Song Mino baru-baru ini dikecam netizen gara-gara perbuatannya mengambil cuti khas khidmat sosialnya untuk berjalan-jalan ke Hawaii tanpa melaksanakan tugas-tugas akhir ‘public service’ selepas itu.

Menurut laporan Dispatch, kali terakhir Song Mino melaporkan diri di Pusat Khidmat Komuniti Mapo ialah pada 11 November 2024. Song Mino perlu menghabiskan khidmat sosialnya termasuk melaporkan cuti-cuti akhir-nya di institut berkenaan  sehingga tempoh ‘public service’ berakhir pada 23 Disember 2024.

Namun, Song Mino gagal berbuat demikian setelah meneliti pengawasan kamera CCTV dan buku kehadiran. Media turut mengunjungi institut berikut sebanyak 10 kali di antara bulan November hingga awal Disember, namun mereka tidak menemui kelibat Song Mino.

Pusat Khidmat Komuniti Mapo pula tidak dapat mengesahkan bahawa Song Mino telah mengabaikan tugas ‘public service’, sebaliknya hanya berkata Song Mino hanya mengambil cuti sakit dan cuti tahunan sehingga 23 Disember 2024.

Pada mulanya, Song Mino dipindahkan ke Pusat Khidmat Komuniti Mapo pada Mac 2024. Pengurus L dikatakan membawa Song Mino ke sini untuk melaporkan diri dan melakukan tugas-tugas ‘public service’-nya. Kendatipun begitu, Song Mino dikatakan culas dan mengabaikan tanggungjawabnya. Kadangkala penyanyi itu hanya memunculkan diri sekali-sekala, pekena rokok sebatang dan kemudiannya menghilangkan diri.

Pada 30 Oktober 2024, Song Mino telah berjalan-jalan ke Hawaii selama 6 hari 5 malam tanpa melaporkan diri ke institut berikut selepas pulang. Jurucakap agensi YG Entertainment berkata, “Song Mino berkhidmat seperti biasa. Kami tidak dapat mengesahkan hal-hal peribadinya.”

Dispatch kemudiannya menemui pengurus L pada 3, 4 dan 9 Disember untuk mendapatkan makluman mengenainya.

Pengurus L menjelaskan sebab kelibat Song Mino tidak berada di institut berkenaan adalah penyanyi itu sedang sakit, maka dia dilindungi daripada perhatian orang ramai.

“Saya terima panggilan daripada agensi. Dia dikejarkan ke hospital. Dia memang tidak sihat, menderita akibat kecelaruan keresahan. Berdasarkan laporan kesihatannya, memang banyak diagnos dibuat. Selalunya dia akan gunakan untuk bercuti atau berehat,” kata pengurus L.

Song Mino akan menamatkan tempoh khidmat sosialnya pada 23 Disember 2024 selepas menyertainya pada 24 Mac 2023.

Sumber: Dispatch, OSEN

loading...