Song Min Ho WINNER akan mulakan khidmat tentera 24 Mac ini

YG Entertainment secara rasmi mengumumkan pelan perkhidmatan wajib Song Min Ho atau lebih dikenali Mino WINNER. Mungkin disebabkan perkara ini membuatkan Mino menarik diri daripada menjadi juri untuk program survival JTBC “Peak Time”.

Pada 2 Mac, YGE mendedahkan, “Song Min Ho akan memulakan perkhidmatan wajibnya sebagai pekerja khidmat sosial bermula pada 24 Mac. Untuk mengelakkan sebarang isu keselamatan yang boleh menyebabkan kekecohan orang ramai, tidak akan ada acara berasingan semasa sesi pendaftaran artis. Teruskan mengirim sokongan serta dorongan hangat agar Song Min Ho kembali sihat selepas menunaikan tugas wajibnya.”

Song Min Ho menjadi ahli ketiga WINNER untuk menjalankan perkhidmatan wajibnya, dengan maknae Kang Seung Yoon yang juga akan mendaftar pada akhir tahun ini.

loading...