“Futureland” Festival oleh Warner Music Malaysia dan Watsons Malaysia meraikan kejayaan menyatukan komuniti dan menyerlahkan bakat tempatan

KUALA LUMPUR, 3 December 2024“Futureland” Festival anjuran Warner Music Malaysia dengan kerjasama Watsons Malaysia sudah menetapkan standard baharu untuk acara hiburan secara langsung melalui perayaan muzik Malaysia dan kreativiti sambil menghubungkan peminat melalui persembahan yang hebat dan pengalaman unik.

Diadakan di lokasi bersejarah, Stadium Merdeka yang baru-baru ini menjalani proses baik pulih seperti mana era kegemilangannya dulu, “Futureland” Festival mengubahkan lokasi ikonik itu sebagai hab bertenaga untuk persembahan muzik secara langsung. Tapak bersejarah ini yang juga pengisytiharan kemerdekaan diadakan dan pernah menjadi tuan rumah kepada ramai bintang global, kini berfungsi sebagai tunjang arena muzik Malaysia. Dengan insfrastruktur yang dibangunkan semula, lokasi tersebut menghidupkan semula legasinya dengan menyediakan suasana sempurna untuk persembahan yang tidak dapat dilupakan. Festival ini menampilkan barisan artis terkenal dan baru yang cukup berbakat dan dinamik.

Pengarah Urusan Warner Music Malaysia dan Singapura, Dinesh Ratnam berkata, pihaknya sangat teruja kerana sudah melancarkan “Futureland” Festival pertama mereka di lokasi ikonik, Stadium Merdeka bersama penaja utama, Watsons Malaysia yang sedang meraikan ulang tahun ke-30.

“Sambutan yang memberangsangkan festival itu adalah bukti kuasa muzik dalam menyatukan orang ramai. Kami amat berterima kasih kepada Watsons Malaysia dan penaja kami yang lain seperti Perfume Paradise sebagai rakan kongsi pewangi rasmi, Yes 5G sebagai rakan kongsi telekomunikasi rasmi dan semua rakan kongsi kami atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka. Kepada peminat, terima kasih kerana membawa tenaga yang tiada tandingan dan menjadikan acara ini tidak dapat dilupakan. Festival ini memberi peluang kepada bakat baru muncul untuk berkongsi pentas dengan yang terbaik di Malaysia, mencipta detik yang benar-benar bersejarah,” katanya.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Ketua Pegawai Operasi Health & Beauty Asia, AS Watson Group, Caryn Loh berkata, sempena meraikan ulang tahun ke-30, “Futureland” adalah cara mereka untuk mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pelanggan mereka.

“Acara ini menggabungkan muzik terbaik, budaya dan dan pengalaman kesihatan dan kecantikan Watsons dalam satu malam yang epik. Kami sangat teruja untuk terus memberi inspirasi dan menggembirakan rakyat Malaysia untuk kelihatan baik, berbuat baik dan berasa hebat untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

“Futureland” Festival menghimpunkan penonton-penonton dari pelbagai lapisan masyarakat untuk satu hari yang penuh dengan keraian dan berkongsi penghargaan terhadap muzik, budaya dan komuniti. Artis seperti Hujan, Masdo, Aina Abdul, Bunkface, Ayda Jebat, Amsyar Leee, empty page., FUGŌ, Hael Husaini, Fimie Don, Nadeera, Rizal Rasid, Syamel, TUJU, Wani Kayrie dan Zynakal mempamerkan kehebatan bakat masing-masing di pentas sekali gus memeriahkan senario muzik Malaysia.

Persembahan terakhir oleh kumpulan Hujan di festival yang bermula sejak jam 1 petang itu berjaya membuatkan penonton terpesona. Aina Abdul yang juga antara penyanyi paling popular tanah air membuat penampilan pertamanya di festival muzik ini memikat penonton dengan vokal dan pesona pentas yang kuat, sekali gua meraikan detik bersejarah untuk dirinya dan festival itu. 

Selain persembahan hebat artis, “Futureland” Festival turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik buat pengunjung. Watsons Glow Up Zone adalah acara kemuncak yang meriah dengan menampilkan gerai kecantikan dan kesihatan di mana pengunjung berpeluang mendapat hadiah menarik dan percuma serta pengalaman menarik yang eksklusif.

Suasana dimeriahkan dengan pelbagai gerai makanan, ‘pop-up stores’ dan aktiviti jalanan interaktif menjadikannya pengalaman yang benar-benar dinamik untuk semua pengunjung, menarik hampir 20,000 pengunjung sepanjang hari. Ini termasuk peminat-peminat yang menikmati persembahan, pengunjung gerai makanan, serta rakan kongsi, vendor, dan pembekal festival ini.

Dinesh berkata, “Futureland” Festival meraikan muzik Malaysia dan hubungan luar biasa antara artis dan peminat mereka.

“Kami mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada peminat atas semangat dan sokongan mereka. Juga kepada Stadium Merdeka kerana menjadi latar dan lokasi yang sempurna untuk acara ini. Di sebalik kejayaan “Futureland”, kami sedang mempertimbangkan untuk menjadikannya sebagai acara tahunan,” katanya.

Dengan “Futureland” Festival kini menjadi acara penting dalam kalendar hiburan Malaysia, Warner Music Malaysia berharap dapat meneruskan misinya untuk meraikan dan mengangkat bakat tempatan ke pentas global.

loading...