[Gempar] Park Min Jae dilaporkan meninggal dunia ketika berada di China

Pelakon Park Min Jae dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 32 tahun.

Berdasarkan laporan sportwordi pada 2 Disember 2024 hari ini, Park Min Jae meninggal dunia ketika berada di China pada 29 November 2024 lalu kerana serangan jantung.

Adik lelaki kepada pelakon berkenaan memuatnaik media bergambar beserta kapsyen berbunyi, “Abang kesayangan-ku sudah tiada lagi. Aku berharap lebih ramai orang dapat mengingatinya. Tolong fahami yang aku tak boleh hubungi seorang demi seorang.”

Wakil agensi Park Min Jae, Big Title, Hwang Ju Hye turut mengiyakan berita berkenaan. “Lelaki yang mengatakan bahawa dia akan menguasai China dan ingin bercuti selama sebulan telah pergi buat selama-lamanya. Berita ini datang tiba-tiba dan sangat mengejutkan… Keluarganya mesti telah kesedihan sekarang…Min jae, ada banyak lagi kami mahu cakap dan lakukan bersama. Aku amat bersyukur menjadi wakil agensimu walaupun sekejap saja, dan aku betul-betul kesal. Aku takkan lupakan nama ini, Park Min Jae!”

Park Min Jae di dalam drama My Damn Business.

Majlis peringatan jenazah akan diadakan di Seoul National University Hospital pada 9.30 pagi 4 Disember 2024 dan lokasi pengkebumian belum diputuskan lagi.

Park Min Jae baru menjinakkan diri dalam bidang lakonan. Antara drama lakonannya ialah Snap and Spark dan My Damn Business di mana dia membawakan watak CEO bernama Park Yeong Chan.

Sumber: sportwordi

loading...