Masa untuk Bersantai – Ini 6 Rom-Com Sweet yang Wajib Tonton di Prime Video!

Musim luruh dah tiba, jadi inilah masa terbaik untuk lepak sambil tengok komedi romantik yang sweet. Dari kisah cinta yang buat hati cair sampai yang lebih hangat, banyak pilihan menarik kat Prime Video. Jadi, jom tengok senarai bawah ni!

1. No Gain No Love

[Dari kiri: Shin Mina, Kim Young-dae]

Sebuah kisah cinta yang tak dijangka bermula apabila Son Hae-yeong (Shin Mina), seorang pelanggan yang bijak, meminta pekerja kedai serbaneka, Kim Ji-uk (Kim Young-dae), untuk menjadi pengantinnya dalam perkahwinan palsu. Untuk tidak melepaskan peluang naik pangkat yang dikhususkan untuk mereka yang telah berkahwin, Hae-yeong terpaksa menggunakan cara yang agak luar biasa. Walaupun situasi ini agak pelik, cinta mula berkembang antara mereka apabila perkahwinan palsu itu berubah menjadi perasaan yang sebenar. Dengan gabungan romantik yang manis dan komedi yang menghiburkan, pasti takkan mengecewakan jika anda mencari rom-com yang penuh dengan cinta dan keseronokkan!

2. Spice Up Our Love

[Dari kiri: Han Ji-hyeon, Lee Sang-yi]

Kalau anda cari sesuatu yang lebih pendek dan lebih “spicy” daripada rom-com Korea biasa, Spice Up Our Love memang pilihan yang tepat. Dalam 2 episod je, watak-watak dari No Gain No Love masuk ke dalam dunia novel web berpenarafan R. Nam Ja-yeon (Han Ji-hyeon), seorang penulis, tiba-tiba jadi watak utama dalam novelnya sendiri, dengan musuhnya, Bok Gyu-hyun (Lee Sang-yi) jadi hero lelaki. Sambil cuba nak lari, dia mula nampak musuh dia dalam cara yang baru dan romantik. Walaupun anda tak tengok No Gain No Love dulu, Spice Up Our Love tetap menarik dan mudah untuk dinikmati!

3. Marry My Husband

[ Dari kiri : Na Inwoo, Park Min Young]

Untuk mereka yang suka rom-com dengan lebih banyak cabaran atau plot yang berliku, Marry My Husband adalah pilihan yang paling tepat. Siri ini lebih menumpukan kepada drama dan dendam, tapi ada juga babak romantik dan komedi yang menyeronokkan. Kang Ji-won (Park Min-young) diberi peluang kedua selepas mati di tangan suaminya yang curang, Park Min-hwan (Lee Yi-kyung), dan sahabat baiknya yang mengkhianati, Jeong Su-min (Song Ha-yoon). Ji-won dihantar kembali 10 tahun ke masa lalu dan merancang untuk membalas dendam terhadap mereka yang mengkhianatinya, dibantu oleh Yu Ji-hyuk (Na In-woo), yang mula jatuh hati padanya.

4. HeartBeat

[Dari kiri: Won Ji-an, Ok Taec-yeon]

Rom-com dengan elemen supernatural memang lain daripada yang lain. HeartBeat bercerita tentang seorang vampire, Seon Woo-hyeol (Ok Taec-yeon), yang dibangkitkan oleh Joo In-hae (Won Ji-an) sehari sebelum dia selesai tidur selama 100 tahun untuk menjadi manusia. Woo-hyeol cuba sesuaikan diri dengan kehidupan moden Korea sambil menahan diri daripada keinginan untuk minum darah In-hae yang menggoda itu. Sebaliknya, In-hae telah menutup hatinya daripada cinta kerana perlu bekerja keras untuk bertahan hidup. Dia tidak percaya vampire wujud, dan tidak sangka hatinya mula berdegup untuk salah seorang daripada mereka.

5. My Man Is Cupid

[Dari kiri: Jang Dong-yoon, NANA]

My Man Is Cupid juga mengisahkan tentang cinta supernatural. Cheon Sang-hyuk (Jang Dong-yoon), seorang dewa cinta, secara tidak sengaja tertembak dirinya sendiri dengan anak panah cinta 500 tahun lalu dan kehilangan sayap dewa cintanya. Dalam usaha untuk mendapatkan semula sayapnya, dia bertemu dengan Oh Baek-ryun (NANA) yang selalu malang dalam cinta, di mana semua teman lelakinya mengalami pengalaman hampir mati selepas bertemu dengannya. Namun, mereka mempunyai sejarah bersama yang boleh menghalang peluang cinta mereka. Mampukah mereka mengatasi takdir dan mengekalkan cinta sejati?

6. True to Love

[Yoo In-na]

Bo-ra (Yoo In-na) adalah seorang jurulatih temu janji terkenal yang memang pakar dalam hal-hal cinta, tapi tak begitu bernasib baik dalam kehidupan cintanya sendiri. Hubungan lamanya dengan teman lelaki sedang goyah, dan kemudian dia bertemu Soo-hyeok (Yoon Hyun-min), seorang penerbit. Kedua-dua mereka sedang bergelut dengan hubungan masing-masing, tapi terpaksa bekerjasama untuk terbitkan buku Bo-ra. oo-hyeok menyalahkan Bo-ra atas perpisahannya dengan teman wanitanya, jadi memang banyak berselisih faham. Tapi, bila dipaksa bekerja sama, mereka mula faham antara satu sama lain dan perasaan mereka pun berubah.

7. Wedding Impossible

[Dari kiri : Kim Do Wan, Moon Sang Min, Jeon Jong Seo]

“Wedding Impossible” mengisahkan Na A-jung (Jun Jong-seo), seorang pelakon yang tidak terkenal, yang setuju menjalani perkahwinan palsu dengan rakannya, Lee Do-han (Kim Do-wan), untuk mendapatkan peranan utama pertama dalam hidupnya. Namun, perkahwinan itu mendapat tentangan hebat daripada bakal adik iparnya, Lee Ji-han (Moon Sang-min), yang berusaha keras menggagalkan perkahwinan tersebut untuk memastikan abangnya menjadi pewaris keluarga. Kisah lucu dan romantik ini penuh dengan konflik antara A-jung dan Ji-han yang saling berusaha mencapai matlamat masing-masing.

Pelbagai pilihan drama rom-com menarik menanti anda di Prime Video, jadi jangan lepaskan peluang untuk menontonnya—pasti tak akan menyesal!