TAEYANG Kembali dengan Jelajah Solo Pertama Selepas 7 Tahun, Kuala Lumpur Jadi Destinasi Tunggal di Asia Tenggara!

TAEYANG akan kembali ke Malaysia dengan jelajah solo terbarunya, “TAEYANG 2024 TOUR [THE LIGHT YEAR].” Ini merupakan persembahan pertama beliau di Malaysia selepas berehat selama tujuh tahun, dan peminat tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka!

Konsert ini adalah peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan, dengan Kuala Lumpur menjadi satu-satunya destinasi TAEYANG di Asia Tenggara. Peminat di seluruh negara berdebar-debar menantikan momen bersejarah ini untuk menyaksikan persembahan hebat dan mendengar lantunan vokal mantap TAEYANG secara langsung yang telah lama dinanti-nantikan. Pastinya, mereka tidak sabar untuk menjadikan malam itu sebagai kenangan yang terukir dalam ingatan sepanjang hayat!

Di bawakan oleh Dream Factory Entertainment, TAEYANG 2024 TOUR [THE LIGHT YEAR] di KUALA LUMPUR akan diadakan pada 7 Disember 2024 (Sabtu), bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula jam 5 petang.

Jelajah ini bermula di Seoul, Korea Selatan, pada 31 Ogos 2024 dan mendapat sambutan hangat apabila tiketnya habis dijual dalam 5 saat. Selain itu, persembahan beliau di Jepun, Hong Kong, dan Taiwan juga mencatatkan permintaan yang tinggi, membuktikan keunggulan populariti TAEYANG.

Menurut pengumuman dari The Black Label, Kuala Lumpur adalah lokasi tunggal jelajah TAEYANG di Asia Tenggara. Peminat yang teruja untuk menyaksikan persembahan beliau di Kuala Lumpur boleh mendapatkan tiket pada 7 Oktober 2024 (Isnin), jam 11:00 pagi.

TAEYANG ialah penyanyi dan penghibur terkemuka dari Korea Selatan. Beliau juga merupakan vokalis utama kumpulan K-Pop ikonik, BIGBANG. Dikenali sebagai “Raja K-Pop,” BIGBANG merupakan kumpulan paling berpengaruh di Korea Selatan yang terkenal dengan muzik asli yang menjadi trend dan pencapaian yang memecah rekod. Kumpulan ini telah memenangi lebih daripada 100 anugerah dan diiktiraf oleh The New York Times dalam senarai “Best Concert List.” Mereka juga telah menerima anugerah “Worldwide Act” di Anugerah Muzik Eropah MTV.

Sebagai ahli kumpulan BIGBANG yang pertama mengejar kerjaya solo, TAEYANG telah mencapai pengiktirafan kritikal. Beliau menerima pelbagai anugerah untuk karya solonya, termasuk album hitnya “Hot” dan “Rise.” Lagu beliau “Eyes, Nose, Lips” telah meraih pelbagai anugerah, termasuk “Song of the Year,” manakala single terbarunya “VIBE” berjaya memasuki carta Billboard Hot 100.

Harga tiket adalah seperti berikut:

  • Berdiri: RM998 / RM898
  • Duduk: RM798 / RM698 / RM598 / RM498 / RM398
  • Pautan Pembelian: etix.my

Harga tidak termasuk yuran transaksi dan tempahan.

Pelan Tempat Duduk

Berikut adalah pakej manfaat peminat (Fan Benefits):

Pakej VVIP (RM998)

  • Tag “VVIP” dengan lanyard
  • Laluan khas untuk mendapatkan barangan eksklusif
  • Undangan khas ke “Sound Check Party”
  • Cabutan bertuah foto 10:1 (terhad kepada 100 peminat bertuah)

Pakej VIP (RM898)

  • Tag “VIP” dengan lanyard
  • Laluan khas untuk mendapatkan barangan eksklusif

Bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini, peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket hanya daripada pihak yang sah.

Jelajah “TAEYANG 2024 TOUR [THE LIGHT YEAR]” di Malaysia di bawakan oleh Dream Factory Entertainment. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti:

FB: DREAM FACTORY ENTERTAINMENT
IG: dfemalaysia

loading...