Majalah Vogue Bersetuju Shinee Choi Minho Sebagai Lelaki Paling Seksi Di Dunia

Majalah Vogue memberi reaksi terhadap Majalah People yang telah menyenaraikan SHINee Choi Minho sebagai lelaki paling seksi di dunia dalam kalangan artis dan pelakon untuk tahun 2017. Vogue berkongsi mengenai kriteria yang memenuhi ciri-ciri lelaki paling seksi antaranya bijak, menawan dan terlibat dalam aktiviti sosial masyarakat dan menyenaraikan Top 12 lelaki paling seksi di dunia.

Menurut Vogue lagi antara yang berada dalam senarai tersebut adalah Chris Pine, Bill Skarsgard, Cole Sprouse, David Harbour, Frank Ocean, John Boyega, Taika Watii dan ramai lagi. Jika dilihat sebahagian besar nama yang menguasai senarai tersebut adalah selebriti dari Hollywood.

Vogue memilih SHINee Choi Minho ekoran beliau sebagai ahli kumpulan boyband K-pop dan sudah lama di dalam industri tersebut. Tambahan, Choi Minho mempunyai pakej yang lengkap dengan ketinggian, suara dan wajahnya yang sering menjadi pujaan gadis di mana-mana sahaja.

Hal ini juga menjadi satu perbualan mengenai ketampanan Choi Minho apabila Melania Trump, First Lady Amerika Syarikat telah melakukan lawatan diplomatik ke Korea Selatan dan bertemu dengan beliau. Menurut video yang diviralkan, Melania Trump sendiri mengakui ketampanan Choi Minho dan sentiasa kelihatan tersenyum apabila dilihat bersamanya.

sumber : Vogue

loading...