Bintang-Bintang Meningkat Naik dari Malaysia, Ivan dan Kingston Wong, Bersedia Bersaing untuk Merebut Debut K-Pop Global dalam “Starlight Boys”

Penantian hampir berakhir! Pertandingan realiti “Starlight Boys” terbitan iQIYI International bakal muncul di layar skrin anda dengan 69 orang calon pelatih. Mereka terdiri daripada individu berpengalaman dalam industri dan juga muka-muka baharu yang mengintai peluang untuk bersaing merebut gelaran bintang K-POP terunggul.

Terdiri daripada kalangan yang mempunyai bakat terpendam dan juga wajah yang telah dikenali ramai, mereka telah berusaha dengan gigih dan kini bersedia untuk membuktikan kebolehkan mereka untuk mencapai puncak kegemilangan.

Rancangan ini menampilkan Lee Sung-Kyoung sebagai pengacara, serta barisan pembimbing ikonik dan berwibawa seperti Lee Seung-gi, Daesung dari BIGBANG, Choi Young-joon, Hanhae, Kwon Eunbi, Hui dari PENTAGON, Eric dari THE BOYZ, dan Yoon dari STAYC, persaingan sengit bakal bermula Oktober ini!

Sama ada peserta baharu mahupun yang berpengalaman, kesemua 69 orang calon pelatih ini mempunyai matlamat yang sama: untuk menjadi bintang K-POP terkemuka. Starlight Boys merupakan pertandingan realiti pertama dari iQIYI International. Di bawah latihan intensif di “Starlight Academy”, para pelatih akan diuji sehingga ke had mereka, mempamerkan bakat dan kebolehan masing-masing, dan melalui cabaran serta kejayaan sepanjang pertandingan.

Baca juga : Daesung BIGBANG, Lee Seung Gi, Kwon Eun Bi, Hui dan Eric The Boyz antara mentor untuk rancangan varieti iQIYI “Starlight Boys”

Sepanjang pertandingan ini berlangsung di “Starlight Academy”, para pelatih akan berdepan latihan dan bakal diuji secara intensif, bakat akan diasah semaksima mungkin, serta pelbagai cabaran yang perlu mereka lalui sebelum berjaya bergelar bintang. Nantikan drama, Saksikan drama, pencapaian cemerlang, dan mungkin juga beberapa kejutan daripada individu berpengalaman dalam industri hiburan!

Mewakili 12 negara, China, Hong Kong, Taiwan, Korea, Jepun, Thailand, Vietnam, Malaysia, Singapura, Laos, serta merentas benua dari Kanada dan Amerika Syarikat, mereka datang dari pelbagai latar belakang. Ada wajah-wajah baharu dan ada juga yang telah mula dikenali dalam industri hiburan, mereka berkongsi satu cita-cita yang mutlak: untuk menggegarkan dunia K-POP.

Mewakili Malaysia dalam “Starlight Boys” adalah dua orang peserta cemerlang: Ivan dan Kingston, yang bakal mendukung nama Malaysia di pentas hiburan antarabangsa. Kedua-duanya bersedia untuk bersaing merebut kedudukan debut yang diidamkan dalam rancangan realiti K-pop ini. Meskipun baru berusia 19 tahun, Kingston telah memperoleh pengalaman berharga dalam industri seni hiburan selepas bertanding dalam “King Maker V”. Manakala Ivan, yang tampil dengan rupa yang menarik dan mempunyai hubungan dengan syarikat sama dengan penyanyi yang sedang meningkat naik, Gan Wang Xing, telah menarik perhatian ramai peminat.

Anda boleh ikuti dan dapatkan perkembangan terkini berkenaan peserta Malaysia ini menerusi akaun Instagram mereka, Ivan dan Kingston.

Dengan latar belakang dalam tarian dan persembahan, dua individu berbakat ini bersedia untuk berentap di bawah latihan intensif Starlight Academy. Sebagai wakil peserta dari Malaysia, perjalanan mereka pasti akan menarik perhatian penonton tempatan ketika mereka bersaing untuk mendapatkan tempat dalam arena K-pop global.

Siapakah yang bakal mendominasi persaingan? Siapa yang bakal memperoleh pengalaman berguna, dan siapa yang akan mengejutkan pada penonton?

Light now, Right now! Debaran bakal bermula di platform iQIYI Oktober ini (www.iQ.com dan aplikasi iQIYI). Bersedia untuk rasai pengalaman hiburan yang mengagumkan, penuh emosi, ketegangan yang penuh drama, tatkala para peserta ini berusaha gigih dalam perjalanan mereka menuju kegemilangan!

Jom tonton teaser rancangan varieti ini di bawah: