Seo In Guk dan Jisoo BLACKPINK dalam pertimbangan untuk bintangi drama baru

Seo In Guk dan Jisoo BLACKPINK mungkin akan berlakon bersama dalam drama baru!

Pada 10 September, sumber industri melaporkan bahawa Seo In Guk akan membintangi drama baru ‘Monthly Boyfriend’ (tajuk literal) sebagai watak lelaki utama.

Sebagai respons kepada laporan tersebut, agensi Seo In Guk, Story J Company, berkongsi, ‘Seo In Guk menerima tawaran berlakon dalam drama baru ‘Monthly Boyfriend’ dan sedang menimbangkan tawaran tersebut secara positif.’

‘Monthly Boyfriend’ adalah sebuah drama romantik yang berlatarkan dunia maya di mana seseorang boleh melanggan teman lelaki, dan hubungan yang terjalin dalam dunia maya itu berterusan ke dunia nyata. Drama ini akan diarahkan oleh pengarah Kim Jung Sik yang pernah mengarahkan ‘Work Later, Drink Now,’ ‘Strong Girl Namsoon,’ dan drama yang sedang ditayangkan, ‘No Gain No Love.’

Terdahulu, pada bulan Ogos Jisoo BLACKPINK menerusi agensinya telah mengesahkan telah menerima tawaran untuk berlakon sebagai watak utama dalam drama baru ‘Monthly Boyfriend’ dan kini sedang menelitinya.

Ikuti perkembangan terkini untuk maklumat selanjtnya berkaitan drama ‘Monthly Boyfriend’ ini.

Sumber : 1 | 2 | 3

loading...