Bekas kekasih Jung Hae In, Seo Ji Hye, buat Jung So Min rasa tak selesa dalam “Love Next Door”

“Love Next Door” telah memperlihatkan pratonton menarik untuk penampilan cameo Seo Ji Hye yang akan datang!

Terdahulu, pada 30 Ogos, agensi Seo Ji Hye secara rasmi mengesahkan, “Pelakon Seo Ji Hye akan membuat penampilan istimewa sebagai bekas kekasih Choi Seung Hyo [Jung Hae In], Jang Tae Hee, dalam drama Sabtu-Ahad tvN, ‘Love Next Door.’”

Lapan tahun yang lalu, Seo Ji Hye dan Jung Hae In muncul bersama dalam drama SBS 2016, “Yeah, That’s How It Is.”

Dalam “Love Next Door,” Seo Ji Hye akan memegang watak Jang Tae Hee, teman wanita ketika di zaman kolej Choi Seung Hyo, lakonan Jung Hae In. Apabila Jang Tae Hee, seorang artis seramik yang berjaya dengan keyakinan tinggi, kembali ke dalam kehidupan Choi Seung Hyo, kemunculannya akan mencetuskan ketegangan baru dalam hubungan antara Bae Seok Ryu (Jung So Min) dan Choi Seung Hyo.

“Love Next Door” merupakan komedi romantik terbaru daripada pengarah dan penulis drama hit “Hometown Cha-Cha-Cha.” ung So Min membintangi sebagai Bae Seok Ryu, seorang wanita yang cuba memulakan semula hidupnya yang bermasalah setelah menjadi kacau bilau. Jung Hae In pula memegang watak Choi Seung Hyo, anak kepada rakan ibunya yang dianggapnya sebagai babak kelam dan memalukan dalam hidupnya.

Spoiler

Dalam episod sebelumnya “Love Next Door”, Choi Seung Hyo menyedari bahawa perasaannya yang sudah lama dilupakan terhadap Bae Seok Ryu sebenarnya tidak pernah hilang. Namun, ketika Choi Seung Hyo akhirnya sedar akan hal ini, potensi percintaannya dengan Bae Seok Ryu berdepan dengan rintangan yang tidak dijangka apabila bekas kekasihnya dari kolej, Jang Tae Hee (Seo Ji Hye), muncul kembali.

Dalam gambar yang baru dikeluarkan dari episod seterusnya, Choi Seung Hyo, Jang Tae Hee, dan Bae Seok Ryu berkongsi pertemuan yang tegang selepas Jang Tae Hee secara tiba-tiba muncul semula dalam kehidupan bekas kekasihnya. Choi Seung Hyo dan Bae Seok Ryu kelihatan terkejut, nampak janggal dan tidak selesa semasa perbualan mereka, manakala Jang Tae Hee tampak tenang, bahkan terhibur sambil memerhatikan reaksi gelisah mereka.

Seo Ji Hye akan memainkan peranan yang sangat penting dalam cerita ini, dan kehadirannya akan melebihi sekadar cameo biasa, Ikuti bagaimana Jang Tae Hee, bekas kekasih Choi Seung Hyo, akan membawa perubahan baru dalam hubungan antara Choi Seung Hyo dan Bae Seok Ryu.

– Produksi ‘Love Next Door’

Episod seterusnya “Love Next Door” akan ditayangkan pada 31 Ogos jam 10:20 malam MYT. Siri ini tersedia untuk tontonan menerusi platform Netflix.

Sumber : 1 | 2

loading...