iQIYI umum Lee Sung Kyoung sebagai pengacara untuk rancangan variasi ‘Starlight Boys’

iQIYI International dengan sukacitanya mengumumkan bahawa pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Lee Sung Kyoung, secara rasmi sah menjadi pengacara rancangan variasi inspirasi remaja yang dinanti-nantikan, Starlight Boys. Berita ini telah menarik perhatian para peminat di serata dunia dan mencetuskan perbincangan meluas, menambahkan jangkaan dan harapan yang tinggi terhadap rancangan ini.

Sejak pengambilan peserta yang bermula pada bulan April lalu, Starlight Boys telah menarik minat bakat muda yang bercita-cita tinggi dari seluruh dunia dengan visi pentasnya. Rancangan ini bertujuan untuk mencari dan membimbing generasi idola pelapis, memberikan para peserta peluang berharga untuk mempersembahkan bakat dan sekaligus mencapai impian mereka. Penghasilan berkualiti tinggi serta kepelbagaian pengisian dalam program ini telah mendapat pujian yang tinggi dari pelbagai pihak.

Penglibatan Lee Sung Kyoung dalam Starlight Boys menyuntik tenaga baru dan merancakkan lagi rancangan ini. Dikenali sebagai pelakon berbakat yang serba boleh dalam industri hiburan Korea Selatan, Lee telah memenangi hati ramai peminat dengan personaliti beliau yang unik dan juga bakat seni yang tinggi. Dari lakonan yang mengagumkan, nyanyian yang memikat hinggalah ke penampilan bergaya dalam persembahan nyanyiannya, Lee sentiasa mempamerkan kelebihan luar biasa disertai dedikasi yang tinggi. Beliau sentiasa memberikan kejutan dan saat-saat yang penuh emosi yang mana ianya kekal di dalam minda penontonnya.

Dalam kerjaya lakonannya, Lee Sung Kyoung telah membuat penampilan hebat dalam drama Korea popular seperti ‘Dr. Romantic’ dan ‘Weightlifting Fairy Kim Bok-joo’. Kemahiran lakonannya yang semulajadi dan ekspresi emosi yang memukau telah berjaya memikat hati para penontonnya. Memulakan kerjayanya sebagai model, citarasa fesyen serta personaliti unik beliau menjadi asas kukuh untuk kerjayanya terus berkembang dalam dunia hiburan.

Selain kerjaya lakonannya, Lee Sung Kyoung juga cemerlang dalam bidang muzik. Mula belajar piano seawal usia tujuh tahun, dia mempunyai pengetahuan mendalam dan pandangan unik yang tersendiri terhadap muzik. Dia telah muncul dalam pelbagai program muzik dan juga mengeluarkan beberapa lagu yang memikat serta mempamerkan kebolehannya dalam nyanyian. Suaranya yang lunak, digabungkan dengan aura pentasnya yang memukau, telah memenangi hati ramai peminat dalam program muzik popular seperti ‘King of Mask Singer’. Selain itu, kolaborasinya dengan artis terkenal seperti Loco, Eddy Kim, Lee Chan-hyuk dari AKMU, Seulong dari 2AM, dan lain-lain, menonjolkan dan menaikkan lagi namanya dalam bidang muzik.

Lebih mengejutkan lagi, Lee Sung Kyoung juga berbakat dalam tarian. Ini dipamerkan melalui persembahan di saluran YouTube-nya dan juga semasa sesi bertemu peminat. Untuk menzahirkan rasa terima kasih terhadap sokongan peminatnya, dia dengan gigih belajar menari lagu-lagu hit BLACKPINK seperti “DDU-DU DDU-DU” dan “SOLO” oleh Jennie, yang membuatkan para peminatnya terpegun.

Semasa pertemuan peminatnya di Asia pada tahun 2023, dia telah berjaya menyampaikan persembahan lagu “After LIKE” dari IVE dan “UNFORGIVEN” dari LE SSERAFIM dengan penuh semangat, dan telah mendapat reaksi yang luar biasa. Kebolehannya untuk belajar dengan pantas dan bakat serba bolehnya membuatkan dia mendapat tempat di hati para peminatnya.

Selain bakatnya dalam bidang lakonan dan muzik, Lee Sung Kyoung juga mempunyai kemahiran pengacaraannya yang luar biasa. Dia telah memperoleh pengalaman yang meluas dalam mengacara pelbagai program, menambah aura dan lenggok gayanya ramah serta bijak berseloroh dan berjenaka. Daya tarikan ini bakal membawa nafas baru dan harapan yang tinggi dengan penyertaannya dalam rancangan Starlight Boys.

Dengan rasminya Lee Sung Kyoung sebagai pengacara, persiapan rancangan variasi Starlight Boys telah memasuki peringkat akhir. Dibawah penghasilan rapi iQIYI International dan usaha kolaborasi Lee Sung Kyoung serta para tetamu terkemuka yang lain, Starlight Boys dijangka menjadi rancangan variasi inspirasi remaja yang sangat dinanti-nantikan, menawarkan santapan visual dan jiwa untuk penonton global.

Walaupun setiap generasi berubah mengikut peredaran masa, golongan muda akan sentiasa mencari inspirasi, membawa harapan serta impian mereka dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Oleh itu, kami ingin mengajak anda untuk menyertai kami dan bersama menyaksikan Lee Sung Kyoung dan pasukan mentornya melahirkan sebuah kumpulan lelaki seramai sembilan orang untuk mengecapi populariti di peringkat antarabangsa. Jangan lupa ikuti akaun media sosial rasmi iQIYI International, @iqiyi, untuk kemaskini mengenai rancangan ini, yang dijangka bakal menjadi fenomena sensasi.

loading...