Kehidupan Kim Yun Seok, Yoon Kye Sang, dan Lee Jung Eun terganggu dengan kehadiran Go Min Si

“The Frog” ialah sebuah siri thriller misteri yang mengisahkan dua pemilik rumah penginapan yang hidup dalam masa berbeza: Gu Sang Jun (Yoon Kye Sang), yang menguruskan sebuah motel pada masa lalu, dan Jeon Young Ha (Kim Yun Seok), yang menguruskan motel pada masa ini. Baik Gu Sang Jun mahupun Jeon Young Ha, keduanya  akan mengalami kejadian yang sama dan mereka membuat keputusan yang sangat berbeza.

Kim Yun Seok memainkan watak Jeon Young Ha, yang menjalankan sebuah rumah penginapan jauh di dalam hutan. Dia meninggalkan Seoul untuk memenuhi hasrat isterinya dan kini menguruskan rumah persinggahan sendirian yang penuh dengan kenangan tentangny. Suatu hari, kedatangan tetamu misteri, Yu Seong A (Go Min Si), hidupnya mula berubah setelah terjebak dengan kejadian yang diluar kawalan.

Berkongsi berkenaan wataknya, Kim Yun Seok berkata, “Young Ha sentiasa dalam konflik sepanjang cerita. Seong A pula terus menerus memprovokasinya. Saya ingin menyampaikan dan menyatakan pertarungan antara Seong Ah dan Young Ha yang cuba menaklukinya.”

Yoon Kye Sang memainkan watak Gu Sang Jun, pemilik motel dengan pemandangan tasik dan merupakan ketua keluarga. Dalam menjalani kehidupan yang tekun, dia mendapati dirinya hampir kehilangan segala-galanya kerana tetamu yang misteri.

Yoon Kye Sang menjelaskan,

Ada kalanya seseorang, yang telah hidup dengan tekun dan penuh kasih sayang, tiba-tiba mengalami kejutan yang hebat dan tidak dapat meluahkan emosi mereka secara semula jadi. Saya mahu mengemudi dan menggambarkan jurang itu dengan teliti.

Selain itu, siri adalah sebuah karya yang mempunyai daya tarikan yang berbeza, dan sebagai seorang pelakon, saya berasa bimbang dan dalam masa yang sama cukup terhibur. Ia adalah karya tanpa penyesalan, dan saya gembira mendapat pengalaman yang luar biasa. Saya harap penonton boleh menjangkaan sesuatu yang berbeza namun menarik terhadap siri ini.

Go Min Si melakonkan watak Yu Seong A, tetamu tidak diundang yang mengganggu kehidupan Young Ha yang sebelum ini aman. Seong A menjadi taksub dengan penginapan Young Ha, menyebabkan pergolakan yang ketara dalam kehidupannya yang dahulunya tenang.

Go Min Si mengulas,

Saya masih ingat rasa menggigil sejuk menjalar ke seluruh badan saya setiap kali saya membaca skrip. Jalan cerita dan kekuatan hubungan watak sangat menarik sehingga saya terbawa-bawa olehnya.

Watak Seong Ah adalah yang paling sukar. Saya tidak mahu melakonnya dengan cara yang biasa saya lakukan tetapi saya mahu mencipta watak yang baru kepada saya.

Lee Jung Eun memainkan watak Yun Bo Min, bekas detektif hebat dari Unit Jenayah Kekerasan yang kini menjadi ketua polis tempatan dengan pengalaman melebihi 20 tahun. Bo Min mendekati kes itu dengan gerak hati yang unik, sekaligus menambah ketegangan pada cerita.

Lee Jung Eun mendedahkan,

Saya pernah menonton dokumentari di mana seorang detektif menyebut bahawa anda perlu memahami penjenayah untuk menangkap mereka dan ia turut bercakap tentang keseronokan menangkap mereka. Diinspirasi dari dokumentari tersebut, saya mendekati watak Bo Min dengan idea bahawa selain daripada etika profesional, ‘keinginan untuk menangkap’ adalah yang mendorongnya.”

Saya telah memainkan banyak watak spontan dan penuh emosi setakat ini, tetapi Bo-min berbeza. Saya belajar dan mencipta perkara baharu dengan berbincang dengan pengarah.

Kehidupan yang tenang bertukar huru-hara dengan kehadiran Seong A

Dalam foto pegun terbaru yang dikongsikan, ia secara tidak langsung akan membuat penonton teruja untuk menontonnya.

Foto yang baru dikeluarkan di bawah memaparkan Young Ha, pemilik rumah penginapan di dalam hutan. Dari saat-saat tenang duduk di tepi kolam dengan seorang kanak-kanak hingga ke saat-saat tegang di mana dia memegang senapang selepas bertemu tetamu yang misteri Seong A (Go Min Si). Dapat dilihat perbezaan yang ketara dalam suasana sebelum dan selepas penampilan Seong A meningkatkan rasa ingin tahu tentang bagaimana Young Hidup Ha akan berubah.

Dalam gambar yang berasingan, ia menunjukkan Sang Jun, pemilik Motel Lakeview, yang terkejut dengan kunjungan tiba-tiba daripada detektif. Ini menunjukkan bahawa Sang Jun, yang penuh tekun dan tenang mengendalikan motel bersama isterinya, juga terperangkap dalam kitaran peristiwa yang diluar jangkaan kerana kehadiran tetamu yang misteri.

Seong A, tetamu misteri dan tidak diundang di rumah penginapan Young Ha.  Selepas kunjungan pertamanya, dia telah mengganggu ketenangan hidup Young Ha. Ekpresi ditunjukkan Seong Ha sukar diramalkan, kadang kala terlihat dia  tidak menunjukkan sebarang emosi seolah-olah ada sesuatu yang perlu dilakukan untuk sesuatu dalam hidupnya.

Bo Min, yang merupakan bekas detektif hebat dari Unit Jenayah Kekerasan kini menjadi ketua polis tempatan. Bo Min dijangka menambah ketegangan pada cerita ini apabila dia terus meneroka kes misteri ini dengan gerak hati yang luar biasa. Dengan pengalaman melebihi 20 tahun, pastinya Bo Min tahu apa yang harus dilakukannya terutama untuk membongkar kebenaran disebalik misteri Seong A.

Berikut adalah beberapa lagi foto yang menarik perhatian kepada watak mereka dalam siri yang penuh ketengangan ini.

Siri “The Frog” akan menemui penonton bermula 23 Ogos ini menerusi platform Netflix. Selamat menonton!

Sumber : 1 | 2

loading...