Penuh cemburu dan dendam, drama thriller perubatan “Hyper Knife” akan datang di Disney+ Hotstar

Drama Korea terbaru “Hyper Knife” akan datang di Disney+ Hotstar. Diterajui oleh “Extraordinary Attorney Woo” Park Eunbin, dan Ikon Filem Sul Kyunggu, drama perubatan baharu ini menerokai apa yang berlaku apabila satu-satunya orang yang dapat menyelamatkan anda adalah orang yang anda tendang keluar.

“Hyper Knife” ialah drama thriller jenayah perubatan yang mengisahkan dua pakar bedah saraf hebat yang berada di puncak kerjaya mereka, tetapi disebabkan konflik peribadi, hidup mereka berubah.

Doktor Jeong Seok lakonan Park Eun Bin, merupakan seorang pakar bedah berwawasan dan berbakat besar. Kemahirannya dalam bidang pembedahan sangat luar biasa dan tiada tandingannya. Tanpa diduga, tiba-tiba Seok mendapati dirinya dipecat dan dilucutkan lesen perubatannya selepas bertelagah dengan mentornya, Doktor Deokhee lakonan Sol Kyung Gu. Deokhee bukan sahaja mentor Seok tetapi juga orang yang bertanggungjawab merosakkan kariernya.

Biarpun lesennya telah dilucutkan, Seok enggan menyerah kalah. Seok kemudian menjalankan operasi pembedahan di pasaran gelap  yang penuh dengan risiko. Di saat dia cuba meneruskan kehidupannya itu, Deokhee kembali muncul dalam hidupnya, membawa Seok mengingati masa lalunya yang kelam. Pertemuan semula ini akan membawa perubahan emosi yang sengit kepada keduanya. Park Eun Bin akan menarik perhatian penonton menerusi persembahannya dengan membawakan  karakter paling berani dalam kerjayanya.

Dalam pada itu, Deokhee merupakan seorang pakar bedah saraf terkenal di dunia. Di sebalik reputasi globalnya, Deok Hee mempunyai sisi tersembunyi yang tidak diketahui ramai. Sol Kyung Gu bersedia untuk menarik perhatian dengan karisma uniknya ketika dia menghidupkan konflik sengit antara Deok Hee dan Se Ok, yang ditolak ke jurang yang dalam dan akhirnya berhadapan dengannya sekali lagi.

Selain itu, Yoon Chan Young akan memainkan watak Seo Young Joo, rakan sekerja rapat yang bertindak sebagai penjaga untuk Se Ok, sentiasa menyokong dan melindunginya. Manakala Park Byung Eun memainkan watak Han Hyun Ho, seorang pakar bius yang mengagumi kebijaksanaan Se Ok dan membantunya meneruskan pembedahan.

“Hyper Knife” yang ditulis oleh Kim Sunhee, yang terkenal dengan “Quiz From God: Reboot”, dan mendapat sentuhan Kim Junghyun yang pernah mengarahkan “After the Rain” dan “My Fellow Citizens!” akan ditayangkan pada separuh pertama 2025 melalui Disney+ Hotstar.

loading...