Pada 7 Ogos, Balai Polis Seoul Yongsan mendedahkan bahawa mereka telah menahan Suga BTS atas tuduhan melanggar Akta Trafik Jalan Raya (memandu dalam keadaan mabuk) dan kini sedang menyiasat perkara itu.
Sehari sebelumnya pada 6 Ogos di daerah Yongsan, Suga menunggang skuter elektrik seorang diri dalam keadaan mabuk dan terjatuh. Dilaporkan, seorang pegawai polis yang menemuinya terbaring di atas jalan seorang diri dan cuba membantu terhidu bau alkohol. Suga kemudian di bawa ke balai polis berhampiran. Kenderaan yang dipandu Suga dalam keadaan mabuk telah diklasifikasikan sebagai skuter elektrik dengan tempat duduk
Suga akhirnya telah menjalani ujian breathalyzer untuk memeriksa tahap alkohol dalam darahnya. Ujian itu mengesahkan tahap alkohol dalam darah Suga adalah 0.08% atau lebih tinggi, jadi lesen memandunya dibatalkan dan dikenakan denda. Suga bagaimanapun dibenarkan pulang selepas mengikuti beberapa siri siasatan dengan pengawasan polis.
Permohonan maaf agensi dan Suga
Tidak lama kemudian, rakaman CCTV kawasan laluan Suga akhirnya tersebar. Media melaporkan Suga menunggang skuter elektriknya dalam keadaan yang laju di jalan yang sibuk dengan kereta di sekelilingnya. Walaupun Suga mendakwa dia menunggang sambil memakai topi keledar, rata-rata peminat tetap kecewa dengan idola tersebut.
Berikut dengan insiden tersebut Suga dan juga agensinya pada 7 Ogos telah mengeluarkan permohonan maaf kerana memandu skuter elektrik dalam keadaan mabuk.
Hello,
Ini BIGHIT MUSICKami memohon maaf berhubung insiden kemalangan skuter elektrik yang dialami oleh ahli BTS, Suga.
Pada petang 6 Ogos (Selasa), Suga memandu pulang dalam keadaan mabuk, menggunakan skuter elektrik sambil memakai topi keledar. Dia terjatuh ketika meletak kenderaan selepas memandu kira-kira 500 meter, dan pegawai polis yang berada berhampiran melakukan ujian alat pernafasan, yang mengakibatkan dikenakan denda dan pembatalan lesen memandunya. Tiada sesiapa yang cedera, dan tiada kerosakan harta benda berlaku akibat kejadian itu, dan dia dibawa pulang di bawah pengawasan polis.
Kami memohon maaf atas sebarang kekecewaan yang disebabkan oleh tingkah laku artis kami yang tidak wajar. Sebagai pekerja perkhidmatan awam, dia akan menerima tindakan tatatertib yang sewajarnya dari tempat kerjanya kerana menyebabkan kacau ganggu awam.
Kami akan lebih berhati-hati untuk mengelakkan kejadian seperti itu daripada berlaku pada masa hadapan.
Terima kasih.
Kenyataan permohonan maaf rasmi dari Suga
Hello, ini Suga.
Dengan berat hati dan penuh kemaafan, saya menyampaikan berita yang mengecewakan.
Selepas minum pada makan malam tadi, saya menaiki skuter elektrik saya untuk pulang. Saya telah melanggar Akta Trafik Jalan Raya kerana leka dengan menganggap ia adalah jarak yang dekat dan kegagalan saya untuk menyedari bahawa menggunakan skuter elektrik semasa mabuk adalah dilarang. Saya terjatuh semasa meletakkan skuter di hadapan rumah saya, dan seorang pegawai polis berdekatan melakukan ujian breathalyzer, yang mengakibatkan lesen memandu saya dibatalkan dan dikenakan denda. Walaupun tiada mangsa atau harta awam yang rosak dalam kejadian ini, ia adalah tanggungjawab saya sepenuhnya tanpa sebarang sebab, dan saya memohon maaf kepada semua orang.
Saya memohon maaf kepada semua yang terluka akibat tindakan cuai dan salah saya, dan saya akan lebih berhati-hati dalam tindakan saya pada masa akan datang untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang.
Terdahulu pada bulan Mac, Suga telah menyertai tentera sebagai pekerja perkhidmatan awam.
Kekeliruan antara electric kickboard dan skuter elektrik, serta kes masih lagi dalam siastan
Pada 8 Ogos, BIGHIT MUSIC sekali lagi mengeluarkan kenyataan berhubung insiden yang sama. Pada awalnya, agensi tersebut menyatakan Suga telah menunggang electric kickboard. Bagaimanapun, sejurus selepas itu, polis secara rasmi menjelaskan bahawa kenderaan terbabit bukan electric kickboard tetapi skuter dengan tempat duduk sambil menyatakan, “Kenderaan yang dinaiki Suga dalam keadaan mabuk diklasifikasikan sebagai skuter elektrik dengan tempat duduk.”
Selain itu, walaupun permohonan maaf daripada BIGHIT MUSIC dan Suga seolah-olah menunjukkan bahawa kes itu telah diselesaikan dengan pengenaan denda dan pembatalan lesen memandu, polis menjelaskan bahawa siasatan mereka masih diteruskan.
Sehubungan dengan itu BIGHIT MUSIC kenyataan tambahan memohon maaf kerana “telah menyampaikan maklumat yang salah kerana kesilapan komunikasi dalaman.” Agensi itu menegaskan bahawa mereka tidak berniat untuk memperkecilkan kejadian itu, menjelaskan bahawa mereka khilaf dengan percaya bahawa polis telah menyelesaikan siasatan mereka dan menutup kes itu.
Kenyataan penuh agensi tersebut adalah seperti berikut:
Hello.
Ini adalah BIGHIT MUSIC.Kami membuat kenyataan tambahan mengenai Suga BTS.
Pertama sekali, kami memohon maaf sekali lagi kerana mengecewakan ramai orang dengan kejadian yang tidak menyenangkan ini.
Kami juga memohon maaf kerana tergesa-gesa membuat kenyataan tanpa meneliti pelbagai situasi dengan sebaiknya sehingga menimbulkan kekeliruan.1) Mengenai penggunaan istilah “electric kickboard”
Kami mulanya yakin bahawa kenderaan yang digunakan oleh artis adalah electric kickboard dengan kerusi yang dipasang padanya. Dalam proses pemeriksaan lanjut, kami mengetahui bahawa pengkategorian kenderaan mungkin berbeza berdasarkan keupayaan dan spesifikasinya, dan kami juga mengetahui bahawa skop liabiliti untuk kemalangan itu juga mungkin berubah. Kami tidak berniat untuk memperkecilkan kejadian itu, seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak. Kami memohon maaf sekali lagi kerana membuat kenyataan tergesa-gesa tanpa menyemak insiden itu dengan lebih teliti. Apabila pihak berkuasa penyiasat membuat keputusan mengenai pengkategorian kenderaan yang dipersoalkan, kami akan bertanggungjawab sepenuhnya mengikut keputusan mereka.2) Berkenaan pengenaan denda dan pembatalan lesen [Suga].
Pada 6 Ogos lalu, selepas artis tersebut menjalani ujian breathalyzer polis di tempat kejadian, dia terus dihantar pulang.
Agensi kami mahupun artis tidak menyedari bahawa masih ada langkah-langkah yang perlu diambil dalam proses penyiasatan, dan kami tersalah anggap bahawa kes itu telah ditutup. Memandangkankes ini agak berat, kami memohon maaf kerana menyampaikan maklumat yang tidak tepat kerana kesilapan komunikasi dalaman.Apapun, kedua-dua artis dan agensi kami memohon jutaan kemaafan kerana gagal menunjukkan imej teladan semasa perkhidmatan tenteranya dan telah menyebabkan insiden yang tidak menyenangkan semasa perkhidmatannya. Kami juga memohon maaf kepada peminat yang pastinya kecewa.
Kami akan bekerjasama dengan sebaiknya dengan siasatan tambahan polis pada masa hadapan, dan kami dengan rendah hati akan menerima hasil siasatan mereka.
Semoga Suga mengambil iktibar daripada kejadian ini dan bertekad tidak akan mengulangi lagi di masa hadapan.