Tidak mahu perbaharui kontrak, Bae Jin Young tinggalkan CIX dan agensi C9 Entertainment

Bae Jin Young telah berpisah dengan C9 Entertainment.

Terdahulu pada 4 Ogos, 10asia melaporkan bahawa Bae Jin Young memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak eksklusifnya bersama C9 Entertainment. Keputusan ini dibuat selepas perbincangan yang panjang.

Pada 5 Ogos, C9 Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengumumkan bahawa kontrak eksklusif antara Bae Jin Young dengan agensi itu telah berakhir. Melangkah ke hadapan, CIX akan terus mempromosikan muzik dan aktiviti mereka dengan kekuatan empat ahli iaitu BX, Seunghun, Yonghee, dan Hyunsuk.

Baca kenyataan penuh di bawah:

Hello, ini C9 Entertainment.

Kami ingin memaklumkan tentang aktiviti masa depan CIX.

Pertama sekali, kami memutuskan untuk menamatkan kontrak eksklusif dengan Bae Jin Young mulai 1 Ogos 2024.

Kami mengucapkan terima kasih kepada Bae Jin Young atas kerja kerasnya sebagai ahli CIX dan kami minta anda terus kan menyokong Bee Jin Young akan akan memulakan lembaran yang baru.

CIX akan meneruskan aktiviti bersama empat ahli iaitu BX, Seunghun, Younghee, dan Hyunsuk.

Mereka kini sedang menyiapkan album baharu yang akan dikeluarkan pada separuh kedua tahun ini, diikuti dengan pelbagai persembahan.

Kami amat berterima kasih kepada peminat atas sokongan dan kasih sayang mereka yang tidak berbelah bahagi kepada CIX dan teruskan memberi perhatian kepada aktiviti mereka pada masa hadapan.

Terima kasih.

Bae Jin Young mula terkenal pada 2017 sebagai salah seorang pemenang musim kedua pertandingan realiti TV “Produce 101” , di mana dia berjaya mendapat tempat dalam kumpulan lelaki sementara Wanna One.

Berikutan pembubaran Wanna One, bintang K-pop itu, membuat debut semula dengan  kumpulan CIX pada pertengahan 2019. Sejak itu, CIX telah mengeluarkan satu album studio, enam album mini dan satu album single. Antara album mereka yang terbaru adalah ‘0 or 1’ pada Januari 2024.

Semoga Bae Jin Young dan CIX terus maju ke hadapan dalam apa jua pilihan mereka.

Sumber : 1,. 2

loading...