Dah mula penggambaran, Lee Joon dan Cho Sae Ho rasmi sertai rancangan “2 Days & 1 Night”

Pelakon Lee Joon dan pelawak Cho Sae Ho secara rasmi menyertai barisan peserta “2 Days & 1 Night Musim 4” yang lain.

Pada 2 Ogos, program pelbagai popular KBS2 “2 Days & 1 Night Musim 4” mengumumkan, “Cho Sae Ho dan Lee Joon akan menyertai rancangan tersebut sebagai ahli baharu. Sila nantikan sinergi baharu yang akan mereka wujudkan bersama ahli sedia ada.”

Enam pelakon “2 Days & 1 Night” termasuk Kim Jong Min, yang merupakan senior paling lama menyertai rancangan itu selama 17 tahun, Moon Se Yoon, DinDin, dan Yoo Seon Ho, serta ahli baharu Cho Sae Ho dan Lee Joon, berkumpul bersama di ibu pejabat KBS di Seoul pada 2 Ogos untuk penggambaran adegan pembukaan untuk episod pertama mereka dengan ahli baharu.

Walaupun ini rakaman pertama mereka, kedua-dua ahli baharu itu telah menyesuaikan diri dengan baik dengan persekitaran penggambaran. Jangkaan yang tinggi diletakkan kepada keserasian antara ahli baru dan ahli sedia ada.

“2 Days & 1 Night Musim 4” yang baru di kemaskini yang menampilkan Lee Joon dan Cho Sae Ho akan ditayangkan pada 18 Ogos ini.

Sumber : 1

loading...