Oh Jung Se, Lee Sang Yi, dan ramai lagi akan sertai Park Bo Gum dan Kim So Hyun dalam “Good Boy”

Drama JTBC akan datang “Good Boy” telah mengumumkan barisan pelakonnya!

Pada 31 Julai, “Good Boy” mengumumkan Oh Jung Se, Lee Sang Yi, Heo Sung Tae, dan Tae Won Suk juga akan membintangi drama tersebut selain daripada Park Bo Gum dan Kim So Hyun.

“Good Boy” merupakan sebuah drama bergenre aksi komedi yang digarap oleh Pengarah Shim Na Yeol, yang sebelum ini telah memimpin projek drama “At Eighteen Beyond Evil”, dan “The Good Bad Mother”. Manakala skripnya dihasilkan oleh drama Lee Da Il yang turut menulis skrip untuk siri “Life on Mars” dan “Let’s Fight Ghost”.

Drama ini mengikuti perjalanan sekumpulan pemenang pingat emas menjadi pegawai polis khas. Selepas berdepan dengan masalah kewangan, tempoh kerjaya yang singkat, kecederaan dan masalah lain, pemenang pingat emas ini bergabung untuk membentuk “Olimpik Avengers”. Kemahiran unik yang mereka miliki semasa menjadi atlet akhirnya digunakan untuk memerangi jenayah yang berlaku.

Park Bo Gum akan memainkan watak Yoon Dong Joo, bekas peninju pemenang pingat emas Olimpik yang menjadi pegawai polis untuk Unit Jenayah Keganasan Khas melalui kerja khas untuk atlet Olimpik. Dilahirkan dengan bakat untuk bertarung, Yoon Dong Joo menjadi wira Olimpik, tetapi selepas mengalami keputusasaan, dia memulakan hidupnya semula sebagai seorang pegawai polis, menemui semula nalurinya sebagai seorang pejuang dalam menghadapi ketidakadilan.

Kim So Hyun akan memainkan watak Ji Han Na, seorang pemenang pingat emas Olimpik dalam sukan menembak yang menerima kasih sayang daripada orang ramai sebagai “dewi menembak” dengan wajah cantiknya. Namun, seiring dengan salah faham tentang dirinya, dia tiba-tiba bersara dan mencapai impiannya untuk menjadi pegawai polis seperti bapanya. Kini pistol itu tidak lagi diacukan pada sasaran, tetapi kepada penjenayah.

Oh Jung Se pula akan memainkan watak Min Joo Young, seorang pegawai kastam yang menerima pujian kerana kerja kerasnya. Dia menyembunyikan sifat sebenar dirinya dengan bertopengkan seorang penjawat awam yang rajin, Biarpun sentiasa tersenyum di siang hari, Min Joo Young bertukar menjadi seorang yang rakus dan melakukan kejahatan di bandar pada waktu malam.

Sementara itu, Lee Sang Yi akan berubah menjadi Kim Jong Hyun, pemenang pingat perak Olimpik dalam sukan lawan pedang yang bersara selepas berdepan dengan kecederaan dan menjadi sarjan di Unit Jenayah Keganasan Khas. Biarpun dia percaya bahawa dia tidak akan dapat memegang pedang lagi, dia kini dapat menunjukkan kemahirannya yang luar biasa dalam ilmu pedang selepas menyertai Unit Jenayah Keganasan Khas. Sebagai seorang atlet yang bijak, Kim Jong Hyun cepat memahami kelemahan dan serangan lawan.

Heo Sung Tae akan memegang watak sebagai Go Man Sik, pemenang pingat gangsa Olimpik dalam sukan gusti dan kini merupakan ketua pasukan Unit Jenayah Keganasan Khas. Biarpun Go Man Sik tidak mempunyai kekuatan dan kemahiran berbanding orang lain semasa bergelar atlet profesional, dia terus mendaki puncak kejayaan dan akhirnya cemerlang dalam bertahan daripada menumbangkan lawan. Kemahiran ini sangat membantu dalam tugasnya sebagai pegawai polis. Dengan muka acuh tak acuh, dia pakar dalam berbohong, merangka strategi untuk menang tanpa menggunakan muslihat atau kekuatan fizikal, dan turut mempunyai radar yang tajam untuk mengesan bahaya.

Manakala, Tae Won Suk akan memainkan watak Shin Jae Hong, pemenang pingat gangsa Olimpik dalam sukan lempar cakera dan ahli Unit Jenayah Keganasan Khas. Biarpun Shin Jae Hong memenangi pingat gangsa pertama Korea dalam acara lempar cakera, dia memohon pekerjaan istimewa kerana perlu mengutamakan kerja untuk mencari rezeki. Berbeza dengan penampilannya yang menakutkan, dia seorang yang baik hati dan mesra sebagai ketua keluarga kepada seorang isteri dan dua anak lelaki. Dia menyertai Unit Jenayah Keganasan Khas untuk mendapatkan lebih banyak mata bagi kenaikan pangkat demi keluarganya.

“Good Boy” dijadualkan untuk ditayangkan pada separuh kedua 2024.

Sumber : 1

loading...