Ogos 2024 menyajikan 13 drama Korea terbaru dan menarik untuk tontonan anda

Annyeong, chinguyaa~~  As usual, setiap bulan kami akan update korang dengan drama Korea terbaru untuk hiburan serta tontonan korang dan ini adalah barisan drama Korea yang akan meneruskan tayangannya untuk tahun 2024.

Well, sepanjang Ogos 2024 ini, ada 14 drama Korea terbaru menanti untuk tontonan korang dan drama-drama ini akan bersiaran dipelbagai platform. So, let’s check it out the list.

1. Bad Memory Eraser

  • Tarikh Tayangan: 2 Ogos 2024
  • Penyiar: MBN
  • Barisan Pelakon: Kim Jae Joong, Jin Se Yeon, Lee Jong Won, Yang Hye Ji

Siri komedi romantik ini mengisahkan tentang pemain tenis yang berpotensi, Lee Goon (lakonan Kim Jae-joon), yang mengalami kecederaan dan menamatkan kerjayanya. Kehidupan dan harga dirinya menjadi terumbang-ambing, dan dia akhirnya berada di di titik terendah dalam hidupnya. Tanpa rasa takut, dia mengambil risiko dengan prosedur pemadaman ingatan, dan dilahirkan semula dengan keyakinan baru.

Jin Se-yeon memainkan watak pakar neuropsikiatri Kyung Joo-yeon, yang secara tidak sengaja menjadi cinta pertama Lee Goon dalam ingatannya yang dimanipulasi. Tidak menyedari masa lalunya yang menyakitkan dan tidak memahami sepenuhnya peranan yang dimainkannya dalam ingatannya yang hilang, Lee Goon mula mengejar Joo-yeon tanpa henti.

2. Love Andante

  • Tarikh Tayangan: 7 Ogos 2024
  • Penyiar: Lifetime Korea
  • Barisan Pelakon: Kwon Hyun-bin, Song Ji-woo

“Love Andante” berlatarkan projek perkampungan keamanan fiksyen yang dilaksanakan di DMZ selepas Korea Utara dan Korea Selatan mengisytiharkan tamatnya Perang Korea. Sebagai sebahagian daripada projek ini, seorang pemain piano berbakat dari Seoul, Im Joo-hyung (Kwon Hyun-bin), dihantar untuk tinggal di sebuah kampung selama setahun.

Di sana, dia mula tinggal bersama Ha Na-kyung (Song Ji-woo), seorang ahli farmasi dan anak perempuan pegawai tinggi Korea Utara yang hanya merasakan emosi yang kuat seperti cinta melalui buku. Selepas bertemu Joo-hyung, yang menjalin hubungan dengannya melalui muzik, dunia emosinya mula berubah.

3. Romance in the House

  • Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2024
  • Penyiar: JTBC | Netflix
  • Barisan Pelakon: Ji Jin-Hee, Son Na-Eun, Minho SHINee, Yoon Sanha

“Romantic in the House” mengisahkan sebuah keluarga selepas bapa mereka yang hidup berasingan kembali, berharap dapat berdamai dengan isteri dan anak-anaknya selepas mereka membuangnya. Byeon Mujin (Ji Jin Hee) dan Geum Yeyeon (Kim Ji Soo) adalah ibu bapa kepada Mirae (Son Na Eun) dan Hyun Jae (Yoon Sanha). Selepas cuba menubuhkan beberapa perniagaan yang gagal ketika Mirae dan Hyun Jae masih kecil, Ye-yeon menceraikan Mu-jin dan bergelut untuk membesarkan anak-anak sendirian.

Mu-jin kembali 11 tahun kemudian, mendakwa sebagai pemilik bangunan yang mereka diami sekarang, dan cuba memikat kembali bekas isteri tercintanya. Mi-rae, yang kini menjadi tulang belakang keluarga, menentang kepulangan Mu-jin, manakala adiknya yang suka menimbulkan masalah gembira dapat bersatu semula dengan Mu-jin. Pada masa yang sama, Mi-rae mula bercinta dengan bekas atlet taekwondo dan pengawal keselamatan, Nam Tae-pyeong (Minho). Tanpa disedari, syarikat tempat Mi-rae bekerja itu adalah milik keluarga Nam Tae-pyeong.

4. Your Honor

  • Tarikh Tayangan: 12 Ogos 2024
  • Penyiar: MBN | K-Plus Asia Astro Ch396 & Astro Go, Setiap Isnin & Selasa, 10pm
  • Barisan Pelakon: Son Hyun Joo, Kim Myung Min, Kim Do Hoon, Huh Nam Jun, Jung Eun Chae

Remake daripada siri TV Amerika dengan tajuk yang sama, Your Honor dibintangi oleh Son Hyun-joo sebagai Hakin Song Pan-ho, seorang lelaki yang mempunyai keyakinan dan rasa keadilan yang kuat serta menjalani kehidupan yang berjaya tanpa cela. Song Pan- Ho membawa keadilan dan keselesaan kepada mereka yang tinggal di Woowon City.

Bertentangan dengan Song Pan-ho adalah Kim Gang-heon (Kim Myung-min), seorang ketua kartel kejam yang beroperasi di bandar yang sama. Walaupun luarannya dingin, dia seorang bapa yang penyayang dan berdedikasi. Siri ini menyaksikan pasangan itu berhadapan untuk melindungi orang di sekeliling mereka.

Siri ini juga turut menceritakan tentang anak lelaki Song Pan-ho, Song Ho-young (Kim Do Hoon) dan Kim Gang-Heon, Kang So Young (Jung Eun Chae) yang mana salah seorang dari mereka telah melakukan jenayah berat, dan seorang lagi terdesak untuk membuktikan dirinya kepada bapanya.

5. Perfect Family

  • Tarikh Tayangan: 14 Ogos 2024
  • Penyiar: KBS | Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Kim Byung Chul, Yoon Se Ah, Kim Young Dae, Park Ju Hyun, Yoon Sang Hyun

Berdasarkan webtoon Naver oleh Nyangpa dan Joo-eun, “Perfect Family” merupakan siri thriller yang mengisahkan Choi Seon-hee (Park Ju-hyun), seorang pelajar kolej yang pada awalnya nampak seperti mempunyai kehidupan dan keluarga yang sempurna.

Namun, dunianya hancur selepas kematian rakannya Park Kyung-ho (Kim Young-dae). Keluarganya semakin curiga antara satu sama lain apabila mengetahui anak mereka terlibat dalam kes pembunuhan tersebut . Yoon Se-ah dan Kim Byung-chul memainkan watak ibu bapa angkat Seon-hee, Ha Eun Joo dan hoi Jin Hyuk.

6. The Tyrant

  • Tarikh Tayangan: 14 Ogos 2024
  • Penyiar: Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Cha Seung Won, Kim Seon Ho, Kim Kang Woo, Jo Yoon Soo

Dalam siri asal Disney+ Hotstar yang akan datang ini, ia mengisahkan kerajaan Korea Selatan menjalankan program penyelidikan yang dipanggil ‘Tyrant’, yang digunakan untuk membangunkan penambah biokimia yang berkuasa. Bagaimanapun, mereka terpaksa menghentikan program tersebut selepas perisikan Amerika Syarikat mengetahui tentang penyelidikan mereka. Penyerahan rahsia bioenhancer kepada kerajaan Amerika Syarikat menjadi kacau apabila sampel ‘Tyrant’ terakhir hilang.

Cha Seung Won memainkan watak Im Sang, bekas ejen perisikan yang bertukar menjadi pembunuh upahan yang ditugaskan untuk menghapuskan semua pihak yang terlibat dalam projek ‘Tyrant’.  Kim Kang Woo menyuntik ketegangan ke dalam cerita ini sebagai Paul, seorang ahli agensi perisikan asing yang bertekad untuk menghapuskan baki sampel terakhir “The Tyrant Program”. Manakala, Jo Yoon Soo, yang memainkan watak jurutera mahir Ja Kyung, ditugaskan untuk mencuri sampel terakhir dari “The Tyrant Program”. Sementara itu, sampel yang hilang ternyata berada di tangan Pengarah Choi (Kim Seon-ho), dalang kejadian ini yang terus menjalankan projek Tyrant bersama pasukannya.

7. Black Out

  • Tarikh Tayangan: 16 Ogos 2024
  • Penyiar: MBC
  • Barisan Pelakon: Byun Yo Han, Ko Joon, Go Bo Gyeol, Kim Bo Ra,

Siri yang bertemakan thriller jenayah “Black Out” yang akan datang ini adalah berdasarkan novel Nele Neuhaus pada tahun 2010 “Snow White Must Die”. Ditafsirkan semula untuk konteks Korea, siri ini mengisahkan seorang lelaki muda yang dituduh membunuh dalam kes misteri yang  mana tiada mayat ditemui. 11 tahun kemudian, dia memulakan perjalanan untuk membongkar kebenaran pada hari kejadian tersebut berlaku.

“Black Out” diterajui oleh Byun Yo-han sebagai Go Jung-woo, yang merupakan pelajar yang cemerlang dari segi sukan dan akademik sehingga memasuki sekolah perubatan. Namun hidupnya berubah secara dramatik apabila dia dituduh membunuh dua rakan sekelasnya. Tidak dapat mengingati peristiwa yang terjadi pada malam itu, dia dijatuhi hukuman penjara 11 tahun. Selepas dibebaskan, dia bertekad untuk membongkar kebenaran dan mendapatkan hidupnya kembali.

8. DNA Lover

  • Tarikh Tayangan: 17 Ogos 2024
  • Penyiar: TV Chosun | Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Jung In-Sun, Choi Si-Won, Lee Tae-Hwan

Dalam “DNA Lover”, penyelidik genetik Han So-jin (Jung In-sun) memutuskan untuk meninggalkan teman lelaki playboynya dan memulakan misi untuk mencari kekasih yang paling serasi secara genetik untuk mempunyai hubungan yang bahagia. Penyelidikannya memberinya dua pilihan: pakar obstetrik-ginekologi yang menawan Shim Yeon-woo (Choi Si-won) dan rakan karibnya yang merupakan anggota bomba Seo Kang-hoon (Lee Tae-hwan).

Walau bagaimanapun, Yeon-woo mempunyai sejarah hubungan lampau yang mana dia telah memutuskan hubungan  selepas bekas kekasihnya menjadi terlalu “taksub” dengannya. Antaranya ialah Jang Mi-eun (Jung Eugene), seorang kolumnis cinta. Semasa So-jin meneroka pilihannya, masa lalu Yeon-woo dan persahabatannya yang lama dengan Kang-hoon terbukti menjadikan perkara lebih sukar daripada yang dijangkakan.

9. Love Next Door

  • Tarikh Tayangan: 17 Ogos 2024
  • Penyiar: Netflix | tvN
  • Barisan Pelakon: Jung So Min, Jung Hae In, Kim Ji Eun, Yun Ji On, Park Ji Young, Jo Han Chul

“Love Next Door” merupakan sebuah komedi romantik yang menceritakan sepasang bekas kawan zaman kanak-kanak yang bertemu semula setelah dewasa. Mereka menjadi rapat sejak kecil selepas ibu mereka menjalinkan persahabatan, tetapi kemudiannya berpisah.

Choi Seung Hyo (Jung Hae In) ialah seorang anak yang ideal, terkenal dengan rupa, personaliti dan kemahirannya. Sebagai seorang arkitek muda dan ketua syarikat yang berjaya, kehidupan amannya terganggu apabila Bae Seok Ryu (Jung So Min) membuat kepulangan yang dramatik, menyebabkan hidupnya menjadi huru-hara. Sementara itu, Bae Seok Ryu, juga sangat cemerlang dalam bidang akademik, dan mempunyai kerjaya sebagai pengurus projek di sebuah syarikat terkenal. Namun, pada suatu hari, Bae Seok Ryu berdepan satu peristiwa yang menyebabkan dia berhenti kerja. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah ibu bapanya. Detik itu mempertemukan Bae Seok-ryu dan Choi Seung-hyo, yang bertemu semula selepas sekian lama.

10. Pachinko 2

  • Tarikh Tayangan: 23 Ogos 2024
  • Penyiar: Apple TV+
  • Barisan Pelakon: Lee Min Ho, Kim Min Ha, Youn Yuh Jung, Jin Ha, Anna Sawai, Jung Eun Chae

Berdasarkan novel terlaris Min Jin Lee dengan tajuk yang sama, “Pachinko” mengisahkan perang dan keamanan, cinta dan perpisahan berbilang generasi, serta kejayaan dan penghakiman yang merangkumi Korea, Jepun dan Amerika Syarikat. Ia akan mengikuti beberapa generasi keluarga Korea yang diceritakan melalui si ibu, Sun-ja (lakonan Kim Min-ha dan Youn Yuh-jung).

Musim kedua yang akan datang meneruskan kisah di mana musim pertama berakhir, ketika keluarga Sun-ja bergelut untuk bertahan dalam Perang Dunia 2 di Osaka pada tahun 1940-an. Sementara itu, cucunya, Solomon, bergelut untuk memulakan hidup baru pada 1989 selepas mengingkari perjanjian perniagaan penting pada penghujung musim pertama.

11. The Frog

  • Tarikh Tayangan: 23 Ogos 2024
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Kim Yoon Seok, Yoon Kye Sang, Go Min Si, Lee Jung Eun, Ryu Hyun Kyung, Chanyeol EXO

Siri thriller Netflix “The Frog” mengisahkan dua pemilik rumah penginapan dalam era berbeza, yang mengalami peristiwa aneh yang serupa. Yoon Kye-sang memainkan watak Gu Sang-jun, yang mengusahakan sebuah motel kecil di kawasan luar bandar pada musim panas tahun 2000, manakala Kim Yun-seok memainkan watak Jeon Yeong-ha, yang menjalankan motel pada masa kini.

Kehidupan dua lelaki itu terungkai apabila seorang wanita misteri tiba di rumah mereka. Namun, mereka kemudiannya membuat keputusan yang sangat berbeza. “The Frog” juga dibintangi oleh Go Min Si,  Lee Jung Eun dan Chanyeol EXO.

12. Cinderella at 2 AM

  • Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2024
  • Penyiar: Coupang Play | Viu Malaysia
  • Barisan Pelakon: Moon Sang Min, Shin Hyun Been

Berdasarkan webtoon dengan tajuk yang sama yang ditulis oleh Aigome, “Cinderella at 2AM” ialah komedi romantik  yang mengisahkan tentang seorang wanita pragmatik yang cuba berpisah dengan teman lelakinya yan romantik. Shin Hyun-been membawakan watak sebagai Ha Yoon-seo, yang mempunyai kerjaya yang berjaya sebagai ketua pasukan di tempat kerjanya. Dia memulakan hubungan dengan Seo Joo-won (Moon Sang-min), seorang lelaki muda yang bekerja di syarikat yang sama.

Yoon-seo kemudian mendapat tahu bahawa teman lelakinya merupakan anak kepada keluarga yang memiliki syarikat itu apabila ibunya menghubunginya dan menawarkan sejumlah besar wang agar Yoon-seo berpisah dengan Joo-won. Yoon-seo memutuskan untuk menerima tawaran itu, percaya bahawa cerita dongeng tidak wujud dalam realiti. Walau bagaimanapun, Joo-won, yang percaya pada cinta sejati, enggan menerimanya dan terus mencuba untuk mendapatkan kembali Yoon-seo.

13. No Gain No Love

  • Tarikh Tayangan: 26 Ogos 2024
  • Penyiar: tvN | Prime Video Malaysia
  • Barisan Pelakon: Kim Young Dae, Shin Min Ah, Lee Sang Yi, Han Ji Hyun

“No Gain No Love” mengisahkan Son Hae Yeong (Shin Min Ah) yang sentiasa tidak bernasib baik dalam hal keluarga, cinta atau pekerjaan. Untuk mengubah nasibnya, Hae Yeong memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan palsu dengan seorang pekerja kedai serbaneka di kawasan kejiranannya, Kim Ji Wook (Kim Young Dae)

Son Hae Young, seorang wanita yang penuh perhitungan dan tidak mahu kehilangan wang dalam apa jua keadaan. Berdepan kemungkinan kehilangan kenaikan pangkat, Hae Young memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan palsu untuk dihadiri bos dan rakan sekerjanya.

Pekerja kedai serbaneka Kim Ji Wook (Kim Young Dae) merupakan seorang lelaki muda yang baik hati yang tidak boleh mengabaikan mereka yang memerlukan dan bergelut untuk mengatakan tidak, menjadikannya sangat disayangi di kalangan pelanggannya. Apabila Hae Young mendekatinya untuk berlakon sebagai pengantin lelaki, dia terperangkap dalam plot yang berbelit-belit. Namun, dia menerima lamaran yang tidak masuk akal daripada Hae Young, dan berdepan fasa baru dalam hidupnya.

14. Queen Woo

  • Tarikh Tayangan: 29 Ogos 2024
  • Penyiar: tvN Asia Astro Ch395 & Astro GO ǀ unifi TV Ch211 & unifi playTV | tonton | Viu Malaysia
  • Premieres 29 Aug | Part 1: EP 1-4 Khamis 10.30 PM
    Premieres 12 Sep | Part 2: EP 5-8
  • Barisan Pelakon: Jeon Jong Seo, Kim Moo Yeol, Ji Chang Wook, Jung Yoo Mi, Lee Soo Hyuk, dan Park Ji Hwan

“Queen Woo” menggambarkan pertempuran sengit berikutan kematian raja kesembilan wilayah Goguryeo. Kisah ini bermula dengan kehidupan Ratu Woo selepas kematian suaminya, Raja Gogukcheon.

Selepas kematian raja, pertempuran antara puak bermula. Ratu Woo yang menjadi sasaran lima puak yang cuba merebut kuasa. Untuk mengekalkan kuasanya, Ratu Woo mesti segera mencari raja baharu dalam masa 24 jam. Akhirnya, Ratu Woo menjalani perkahwinan jenayah yang tidak konvensional—suatu adat perkahwinan Goguryeo di mana seorang janda mengahwini semula adik lelaki kepada suaminya yang telah meninggal dunia untuk memelihara keturunan keluarga.

Jeon Jong Seo memainkan watak Woo Hee, seorang ratu Goguryeo yang mengahwini salah seorang adik lelaki suaminya selepas raja mati untuk melindungi keluarga dan sukunya. Drama ini turut dibintangi oleh Kim Moo Yeol, Ji Chang Wook, Jung Yu Mi, Lee Soo Hyuk, Park Ji Hwan, dan ramai lagi.

Drama bersejarah ini dijangka akan diisi dengan pelbagai aksi. saspens dan jalan cerita yang unik.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama ini tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...