Nam Dae Reum kongsi foto profil terbaru yang lebih matang dan akan kembali aktif berlakon

Pelakon Nam Da Reum kini sedang giat bersiap sedia untuk membuat kemunculan semula dalam lakonan!

Pada 29 Julai, agensi Nam Da Reum, BAA, mengeluarkan gambar profil baharu yang mempamerkan pelbagai daya tarikan pelakon tersebut. Mereka menyatakan, “Selepas menamatkan khidmat tentera, Nam Da Reum telah kembali sebagai pelakon dengan sisi yang lebih matang. Bermula dengan pengeluaran foto profil ini, dia akan aktif meneruskan kerjaya lakonannya bermula pada separuh kedua tahun ini.”

Kami berjanji untuk menunjukkan sisi baharu dan perkembangan pelakon Nam Da Reum kepada umum. Secara khusus, melalui perkongsian dengan syarikat hiburan luar negara, kami akan membentangkan pelbagai projek [untuk Nam Da Reum] sebagai artis global. Pada masa hadapan, BAA merancang untuk mewujudkan sistem pengurusan global yang terkemuka bersama Nam Da Reum.

– Ketua Pegawai Eksekutif BAA, Lim Chae Hong

Dalam foto profil yang baru dikeluarkan, Nam Da Reum memancarkan aura yang unik, segar sekaligus menghilangkan imej kebudak-budakan serta comel yang pernah beliau paparkan sebelum ini. Terbaru, Nam Da Rum berjaya mempamerkan daya tarikan yang lebih matang dan bersesuaian dengan umurnya. Imej terbarunya ini boleh melayakkan Nam Dae Rum untuk menjadi teraju utama drama yang memegang watak yang lebih matang mungkin lebih serius dan bukan lagi watak kanak-kanak yang pernah di bawanya sebelum ini.

Nam Da Reum membuat penampilan sulung sebagai pelakon kanak-kanak yang memainkan watak versi muda Kim Hyun Joong dalam “Boys Over Flowers” ​​​​pada tahun 2009. Sejak itu, dia telah melakonkan watak lebih muda daripada pelakon utama lelaki dalam pelbagai drama termasuk “Pinocchio,” “ Six Flying Dragons,” “Hotel Del Luna,” “A Piece of Your Mind,” dan banyak lagi, menjadikannya sebagai pelakon kanak-kanak popular. Selepas tamat daripada perkhidmatan tentera pada Ogos tahun lalu, Nam Da Reum secara rasmi mengumumkan akan kembali ke skrin kecil buat kali pertama dalam tempoh kira-kira setahun.

Nantikan karya Nam Da Reum seterusnya.

Sumber : 1

loading...