Kunjungan kali pertama Abang Lee Joon Gi ke Malaysia sempena “JOONGI’S DAY: FESTIVAL” in Kuala Lumpur September ini buat ramai peminat teruja

Bintang K-drama Lee Joon Gi akan bertemu peminat di Malaysia buat kali  pertama di 2024 LEE JOON GI ASIA TOUR <JOONGI’S DAY: FESTIVAL> in  Kuala Lumpur 

Tiket mula dijual 26 Julai ini, dengan menampilkan pelbagai faedah eksklusif  untuk peminat 

Pelakon dan penyanyi Korea Selatan serba boleh, Lee Joon Gi  bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia dan ini juga merupakan penampilan sulungnya di negara ini! Memang suatu momen yang paling dinantikan oleh peminat beliau sejak sekian lama. 

Dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dan Hit Maker Entertainment, dengan Sliding Doors  Entertainment selaku Penganjur Bersama, 2024 LEE JOON GI ASIA TOUR <JOONGI’S DAY:  FESTIVAL> in Kuala Lumpur pasti akan mencatat kenangan indah jika anda hadir di Mega Star  Arena, KL pada 22 September ini bermula jam 6 petang.  

Jika sebelum ini peminat hanya menonton lakonannya menerusi skrin kecil (K-drama) dan skrin besar (filem),  kini  anda berpeluang untuk menatap wajahnya secara langsung serta bertentangan mata secara berdepan. Pada pertemuan itu kelak, penonton  bukan sahaja berpeluang berinteraksi dengan Lee Joon Gi, malah dapat menonton  persembahan menarik daripada beliau yang terkenal dengan gerak tari dan vokal yang  mengagumkan.  

Lee Joon Gi memulakan kerjayanya dalam bidang seni sebagai model dan mendapat peluang berlakon untuk watak kecil sahaja. Namun namanya mula menjadi popular selepas beliau  melakonkan watak utama dalam filem “The King and the Clown”, diikuti dengan siri romantik komedi “My Girl” yang melonjakkan lagi namanya dalam industri. 

Beliau juga digelar sebagai “Raja Sageuk” atau “Raja Drama Bersejarah” kerana sering  melakonkan watak utama dalam beberapa drama bersiri yang mengetengahkan zaman saeguk dan sejarah seperti “Moon Lovers: Scarlet Heart  Ryeo”, “Scholar Who Walks the Night”, “Arang and the Magistrate” dan “Iljimae”.  

Sesuai dengan reputasinya sebagai pelakon serba boleh, beliau telah membintangi pelbagai genre K-drama seperti “Arthdal Chronicles”, “Again My Life”, “Flower of Evil” bersama Moon  Chae Won, “Lawless Lawyer” dengan Seo Yea Ji dan banyak lagi. Lee Joon Gi juga membuat debut lakonannya di Hollywood menerusi filem “Resident Evil: The Final Chapter”. 

Sepanjang karier lakonannya, Lee Joon Gi telah memenangi pelbagai anugerah daripada beberapa majlis anugerah berprestij seperti Anugerah Grand Bell Korea Selatan, Anugerah Drama SBS, Anugerah Drama KBS dan juga di  pentas antarabangsa, antaranya di Festival Filem Antarabangsa Hawaii dan Festival Filem  Antarabangsa Shanghai. 

Sebagai penyanyi, Lee Joon Gi telah mengeluarkan beberapa lagu yang mempamerkan gaya yang berbeza. Beliau juga mahir dalam seni mempertahankan diri dengan memiliki tali pinggang hitam dalam taekwondo, hapkido dan taekkyeon.

Penjualan Tiket dan Faedah Peminat

Tiket konsert boleh didapati melalui www.ticketingtix.com mulai 26 Julai (Jumaat), 12 tengah hari, pada harga RM798 (VIP), RM668 (CAT 1), RM538 (CAT 2) dan RM358 (CAT 3). Harga tiket tidak termasuk yuran pemprosesan sebanyak RM4. Pelbagai faedah ditawarkan kepada peminat untuk setiap pembelian tiket.

Berikut adalah kategori tiket dan keistimewaan untuk peminat yang menonton konsert ini:

Zon VIP – RM798  

(Faedah Peminat: Poster Ditandatangani Personal untuk 23 peminat, Poster  Bertandatangan untuk 80 peminat, Foto Peribadi (1:1) untuk 30 peminat, Foto  Berkumpulan (20:1) untuk 280 peminat, Sesi Soundcheck dan Sesi Selamat Tinggal.) 

CAT 1 – RM668  

(Faedah Peminat: Poster Bertandatangan untuk 70 peminat, Foto Berkumpulan (20:1)  untuk 20 peminat, Sesi Selamat Tinggal.) 

CAT 2 – RM538  

(Faedah Peminat: Sesi Selamat Tinggal.)  

CAT 3 – RM358  

(Faedah Peminat: Sesi Selamat Tinggal.)  

Bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini, peminat dinasihatkan agar mendapatkan tiket daripada pihak yang telah dipertanggungjawab sahaja. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini berkaitan 2024 LEE JOON GI ASIA TOUR <JOONGI’S DAY:  FESTIVAL> in Kuala Lumpur, sila ikuti Lo-Fi Entertainment di Facebook dan Instagram.

loading...