Ketepikan soal kerjaya, Nam Yoon Soo derma buah pinggang kepada ayahnya

Pelakon Nam Yoon Soo telah mendermakan buah pinggangnya kepada ayah tersayang, menunjukkan kasih sayang dan komitmennya kepada keluarganya.

Pada 16 Julai, SPOTV News melaporkan bahawa Nam Yoon Soo telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang untuk ayahnya pada 19 Jun. Menurut laporan itu, Nam Yoon Soo telah menghentikan semua aktivitinya sejak awal tahun sebagai sebahagian proses persiapan diri sebelum menjalani pembedahan.

Pada hari yang sama, agensi Nam Yoon Soo, Agency Garten mengesahkan perkara tersebut.

Nam Yoon Soo telah menderma buah pinggang kepada ayahnya pada 19 Jun. Kedua-dua Nam Yoon Soo dan ayahnya kini telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital.

Dia memilih untuk menderma buah pinggangnya secara sukarela dan berehat daripada kerjaya lakonan untuk memberi tumpuan kepada pembedahan dan pemulihan ayahnya. Kini setelah pulih, dia bercadang untuk kembali berlakon tidak lama lagi dengan projek yang akan datang.

– Agency Carten

Kakitangan di hospital di mana Yoon Soo dan ayahnya mendapatkan rawatan turut memuji Nam Yoon Soo kerana sikap positifnya dan keprihatinan yang mendalam terhadap keluarganya, telah menyumbang kepada keputusan yang berjaya. Mereka menyatakan harapan agar Nam Yoon Soo akan terus membawakan pengaruh yang positif dan menjadi tokoh terkemuka dalam masyarakat.

Terbaru, Nam Yoon Soo akan membintangi drama “Love in the Big City” (tajuk kerja) sebagai teraju utama, yang akan ditayangkan pada separuh kedua tahun ini. Sebelum ini Nam Yoon Soo pernah menbintangi drama seperti “Today’s Webtoon”, “The King’s Affection” dan “Birthcare Centre”.

Sumber : 1 | 2

loading...