Jung Hae In dan Jung So Min pamer keserasian yang romantik disesi bacaan skrip pertama “Love Next Door”

Drama tvN yang akan datang, “Love Next Door”telah berkongsi sesi bacaan skrip pertamanya!

Pada 10 Julai, tvN mengeluarkan foto barisan pelakon “Love Next Door” yang berkumpul untuk sesi bacaan skrip pertama mereka. Pada sesi pembacaan skrip, pengarah Yoo Je Won dan penulis Shin Ha Eun serta pelakon Jung Hae In, Jung So Min, Kim Ji Eun, Yun Ji On, Park Ji Young, Jo Han Chul, Jang Young Nam, Lee Seung Joon, Kim Geum Soon, Han Ye Joo, Jeon Suk Ho, Lee Seung Hyub N.Flying dan Shim So Young turut hadir. Kesemua mereka memberikan penampilan yang meriah dalam suasana yang mesra dalam menghidupkan karakter masing-masing.

“Love Next Door” merupakan drama rom-com terbaru yang mengisahkan seorang wanita bernama Bae Seok Ryu (Jung So Min), yang cuba memulakan semula kehidupannya yang bermasalah, dan anak kepada rakan ibunya, Choi Seung Hyo (Jung Hae In), yang ternyata menjadi sebahagian babak gelap dalam hidup Bae Seok Ryu. Drama ini diterajui oleh pengarah Yoo Je Won dan penulis Shin Ha Eun dari “Hometown Cha-Cha-Cha.”

Pasukan produksi mengulas, “Pembacaan skrip pertama sangat menyeronokkan dan mengharukan, seolah-olah rakan-rakan lama dan jiran-jiran berkumpul bersama. Sila tonton lakonan hebat dan sinergi para pelakon yang penuh bersemangat yang akan membuatkan anda tenggelam dalam percintaan Choi Seung Hyo dan Bae Seok Ryu di sekitar kawasan kejiranan Hyereung serta kisah hidup penduduk di sana.”

“Love Next Door” akan ditayangkan pada 17 Ogos menerusi rangkaian tvN.

Sumber : 1

loading...